Kalau korang penggemar cencalok, menu ini mesti korang suka. Rasanya pedas-pedas, masam dan masin. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap sangat. Nak membuat memang banyak bahan. Tapi bahan-bahannya semua bahan asas saja. Memang kebiasaannya dah ada di dapur. Jom buat.
BAHAN GORENG
Minyak masak
8 biji bawang merah (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
BAHAN KISAR
8 biji bawang merah (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar)
3 batang serai (kisar)
BAHAN LAIN
500 gram ayam (potong kecil)
1/2 cawan cencalok (toskan airnya)
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air
2 biji cili merah (hiris)
2 biji cili hijau (hiris)
1 sudu kecil gula
3 biji limau kasturi (perah jusnya)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng hirisan bawang merah dan bawang putih. Angkat dan toskan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut. Gaul rata.
4. Masukkan air asam dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang sudah digoreng tadi dan juga hirisan cili merah serta cili hijau. Kacau rata.
6. Perlahankan api. Masak sehingga pekat. Akhir sekali masukkan gula dan jus limau kasturi. Kacau sekejap dan angkat. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!