Dengar namanya saja dah terasa pedas kan. Tapi sedap sebenarnya makan ayam goreng yang bercili-cili ni. Lagi-lagi ada petai. Siapa yang suka pedai, wajib cuba resipi ni. Resipi ini dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat di group facebook majalah RASA iaitu RASA Share Resepi. Bagi yang belum join group rasmi majalah RASA, bolehlah join ya. Join sini https://www.facebook.com/groups/1845633835463149/
AYAM GORENG PETAI SAMBAL CILI API BERAPI
BAHAN UTAMA
1/2 ekor ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
1. Ayam dipotong kecil dan dicuci bersih.
2. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
BAHAN KISAR
Cili padi | agak-agak nak pedas mana
1 biji tomato
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
1. Kisar semua bahan sampai lumat.
BAHAN LAIN
Serai | diketuk
Daun limau purut
Asam keping
Garam
Petai
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Guna minyak masak yang dibuat goreng ayam tadi. Masukkan bahan kisar.
2. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan asam keping. Gaul sebati.
4. Masukkan ayam goreng, petai dan garam. Gaul seketika. Matikan api dan siap!
Kredit: Noriza Awang Hamat
Link: https://www.facebook.com/groups/1845633835463149/permalink/3390122044347646/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aneka Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Taucu. Sedap & Mudah!
Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1. TAUCU TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
- Ikan Tenggiri yang dah digoreng
- 1 inci halia – dihiris
- 4 biji bawang merah – dihiris
- 1 biji bawang holland – dihiris
- Lada besar – dihiris panjang
- Cili api
- Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
- 3 sudu makan taucu
- 6 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk kari ikan
- 2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
- Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
- Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
Kredit resipi & foto: Norhidayah Mohd Aripin
2. TAUCU PETAI
BAHAN-BAHAN:
- Petai
- 1 biji bawang besar – hiris
- 10 biji cili api hijau – tumbuk
- 2 biji cili merah – tumbuk
- 2 sudu makan taucu
- Sedikit belacan
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
- Setelah layu, masukkan taucu.
- Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
- Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Filzati
3. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
- 3 biji bawang merah – dipotong
- 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
- 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
- 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
- 2 biji cili hijau – dipotong
- 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
- 4 biji cili padi merah – potong halus
- 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
- Minyak untuk menumis
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
- Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
- Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
- Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud
4. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland – dicincangkan
- 1 labu bawang putih – dicincangkan
- 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
- 1 sudu besar taucu tamin
- 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa – jika perlu
- 1 batang daun bawang – hiris kecil
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
- Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
- Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na
5. TIMUN MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang timun – hiris panjang
- 3-4 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 3 biji bawang merah – hiris
- 1-2 sudu makan taucu
- Minyak untuk menumis
- Sedikit ikan bilis
- 1 keping asam keping/ gelugor
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
- Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
- Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
- Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
- Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Fizah Nasir
6. AYAM MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 6-7 ketul ayam
- 3 biji bawang merah – hiris
- 3-4 ulas bawang putih – hiris
- 1cm halia – hiris halus
- 3-4 biji cili padi – hiris ( kalau tak suka pedas, boleh ganti dengan cili emrah atau cili hijau)
- 2 sudu makan taucu
- 1 mangkuk air asam jawa – masam ubahsuai ikut citarasa
- 1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng ayam seperti membuat ikan masak taucu. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga wangi.
- Kemudian masukkan taucu.Gaul rata.
- Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau lagi hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan kiub pati ayam. Biarkan seketika dan rasa. Tambah garam jika perlu sahaja.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fadhilah Alattas Syed Mahusin
Teresek Kacang Panjang Menu Rewang Paling Sedap
Pernah makan Teresek Kacang Panjang tak? Ini menu rewang yang popular di kebanyakan tempat di Kelantan. Menu ini gambungan sayur kacang panjang dengan leher, hati, kepak dan kaki ayam yang dipotong kecil. Ia kemudian ditumis bercili dan bersantan. Sangat sedap, apatah lagi makan berebut sembil masak lauk kenduri kahwin.
TERESEK KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 10 batang kacang panjang
- 3 biji cili hijau
- 250gm kepak dan leher ayam | potong kecil
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 3 cawan santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
- 2 hiris lengkuas
- 1 sudu makan serbuk ketumbar biji | sangai dan kisar kasar
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi.
- Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam yang telah dipotong kecil tadi.
- Kacau rata hingga ayam kecut, masukkan air asam Jawa diikuti santan.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata.
- Apabila kacang layu. Tutup api dan Teresek Kacang Panjang sedia dihidangkan.
Ayam Masak Lemon, Rasa Sesedap Aromanya Yang Tak Jemu DiMakan
Ayam masak lemon ni antara resipi yang cepat dan mudah dimasak. Rasa dan aroma buah lemon ni memang merecik air liur dibuatnya.
Ayam tu kena digoreng bertepung dulu, kemudian gaulkan ke dalam sos. Boleh taburkan hirisan daun bawang dan bijan yang telah disangai..pergghh lagi mantap rasanya. Jom cuba masak lauk yang tak jemu dimakan nih.
AYAM MASAK LEMON
Bahan-bahan:
- 1 keping dada ayam
- 1 sudu kicap cair
- garam
- lada sulah
- 1 biji telur
- 3 sudu tepung jagung
Bahan sos
- 1 sudu minyak
- 1 cawan stok ayam
- 1/4 cawan jus lemon
- 2 sudu gula
- 2 keping lemon
- bancuhan tepung ( tepung jagung dan air )
Cara-cara memasak :
1.Panaskan minyak, gorengkan ayam yang telah digaul tadi sehingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Selepas itu panaskan minyak sedikit masukkan stok ayam, jus lemon, gula dan hirisan lemon.
3. Bila dah sebati rasa terlebih dahulu sos nya. Kalau dah cukup rasa keluarkan lemon masukkan bancuhan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepetan mengikut citarasa masing-masing.
4. Biarkan kuah memekat setelah itu masukkan ayam, gaul sehingga semua tersalut, angkat ayam tersebut dan taburkan hirisan daun bawang serta bijan yang telah disangai ke atas hidangan. Selamat mencuba!
FB: Resepi Masakan BONDA Tersayang