Ayam Goreng Sos Kari, Menu Sempoi Yang Sedap.

Share

Anak-anak sekarang kebanyakannya makan mesti nak berlaukkan ayam, kalau sebut ikat, tutup balik tudung saji atau dan-dan kata kenyang. Tapi kalau dok hari-hari menu ayam bosan juga, jadi mak-mak semua ini ada satu menu ayam sempoi tapi sedap yang boleh dicuba untuk variasikan rasa ayam, moga taklah jemu dengan menu sama setiap hari.


AYAM GORENG SOS KARI
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Goreng

  • 200gm isi dada ayam | potong dadu
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Sos Kari:

  • 1 sudu makan serbuk kari ayam/daging
  • 2 sudu besar yogurt
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit daun ketumbar | hiris halus
  • Garam dan serbuk pati ayam secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.
  4. Seterusnya masukkan yogurt.
  5. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya
  6. Sebelum angkat masukkan daun ketumbar.
  7. Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.
Published by
Norasida Myasin