Ayam Goreng Vietnam Rangup Dan Pedas Memang Tak Cukup Satu

Share

Biasanya kalau buat menu ayam goreng semestinya menjadi rebutan ramai. Hari ini kita cuba menu Ayam Goreng Vietnam dengan gabungan rasa manis, masin dan pedas. Rapuh dan sedap di setiap gigitan ayam membuatkan susah untuk berhenti apabila menikmatinya.Selain dimakan begitu sahaja enak juga dicicah dengan sos dan nasi.
Rasanya masin bukan kerana garam,tetapi kerana sos ikan yang mempunyai rasa tersendiri dan memberi keseimbangan rasa pada masakan ini.

BAHAN-BAHAN:
1 kilo kepak ayam
1½ cawan tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI


1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI
6 ulas bawang putih(dicincang)&(digoreng)
daun ketumbar (2 sudu besar dicincang)
Minyak masak(secukupnya menggoreng ayam)


BAHAN PERAPAN
1 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil(pes bawang putih@serbuk bawang putih)
1 kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil serbuk lada putih

BAHAN SOS MANIS MASIN
3 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
2½ sudu besar gula
2 sudu besar jus limau@lime juice
3 batang cili padi merah (dipotong)

CARA MEMASAK:


1)Di dalam bekas atau mangkuk besar,masukkan ayam dan bahan perapan.Gaul sebati dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.


2)Untuk memasak sos manis masin, sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Panaskan di atas api sehingga gula larut dan sejukkan.


3)Panaskan minyak di dalam kuali besar,letakkan chopstick atau kayu lidi di tengah-tengah.Apabila minyak sudah panas atau berbuih di permukaan kayu lidi tadi,bermakna minyak sudah panas dengan sempurna.

4)Sementara itu,sediakan mangkuk besar,masukkan tepung dan baking powder kemudian salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu.Masukkan ayam tadi ke dalam minyak panas.Gorengkan selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan.
5)Angkat ayam yang digoreng tadi dan biarkan rehat seketika.
6)Di dalam minyak yang betul-betul panas tadi,masukkan semula ayam dan gorengkan lagi 2-3 minit.Tujuannya agar ayam lebih rapuh atau rangup di luar dan lebih warna keperangan .Angkat dan tapiskan ayam tadi pada tisu.


7)Akhir sekali,sediakan bekas masukkan ayam yang telah digoreng keemasan tadi,bawang putih yang telah digoreng,daun ketumbar yang dihiris dan tuangkan Sos manis masin pada ayam tadi. Gaul rata atau sebati dan boleh dihidangkan.

Sumber : Nurul Ateekah

Published by
Putri Adila Saari