Sedapnya menu Ayam Cili Padi Pedas Tomyam ni. Masak guna pes tomyam je. Kalau nak tahu, pes tomyam tidak semestinya digunakan untuk masak tomyam sahaja. Ia juga boleh ditambah ke dalam pelbagai masakan lain dan dijadikan rencah. Memang wangi dan pecah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni. Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK AYAM CILI PADI PEDAS TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam – potong kecil, lumur garam & kunyit. Goreng hingga masak.
*30 tangkai cili padi hijau & merah ( campur-campur)
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
1 sudu makan pes tomyam
1 batang serai
5@6helai daun limau purut
1/2 biji tomato – hiris nipis
Garam dan perasa secukupnya
1 biji bawang besar – hiris bulat
CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan serai dan daun limau purut. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan pes tomyam dan tomato. Masak hingga sambal agak garing. Pastikan tomato hancur dalam sambal.
5. Perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng serta hirisan bawang besar. Gaul rata hingga bawang sedikit lembut.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Anda wajib cuba resipi Ayam Cili Daun Limau Purut yang RASA kongsikan ini, rasanya masam, manis, pedas dan kaya dengan aroma daun limau purut. Selain sedap menu ini juga sangat ringkas dan mudah untuk anda cuba, sesuai sangat sebagai hidangan tengahari.
AYAM SOS THAI DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
300 isi dada ayam | potong dadu sederhana, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tepung jagung
Secubit garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak secukupnya untuk menggoreng
BAHAN SOS:
1/2 cawan air
2 sudu makan pes cili Thai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula Melaka | hancurkan
1 sudu makan chile Flakes
3 helai daun limau purut | hiris halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukupnya
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Campurkan tepung, garam dan lada sulah dalam mangkuk berisi ayam, gaul rata dan goreng hingga garing. Ke tepikan.
LANKGAH 2: Masukkan pes cili Thai, Sos tiram dan gula Melaka,kacau rata.
LANGKAH 3:Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Terus kacau.
LANGkH 4: Masukkan pula chile Flakes, kacau rata.
LANGKAH 5: Setelah cukup rasa masukkan pula hirisan dan limau purut dan bawang putih.
LANGKAH 6: Setelah sos siap masukkan ayam goreng tadi dalam mangkuk berisi sos dan gaul rata. Setelah siap ayam sedia dihidangkan.
Macam ayam masak kicap tapi sebenarnya bukan. Memang sedap walaupun cara memasaknya cukup simple. Kadang-kadang, lauk yang sedap ni tak perlu nak beria-ia sangat memasaknya. Cukup ringkas-ringkas je. Boleh cuba masak resipi yang RASA kongsikan ini ya.
AYAM KAM HEONG SIMPLE
BAHAN-BAHAN
Ayam 1/2 ekor
2 biji bawang besar atau bawang holland | potong dadu
3 ulas bawang putih ketuk je
3 tangkai daun kari
10 tangkai cili padi merah/hijau belah dua
2 sudu makan rempah kari ayam bancuhkan
2-3 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Goreng ayam dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan rempah kari masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan sos tiram, sos tiram dan kicap. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sebati. Siap!
5. Sedap dengan nasi panas-panas. Sangat mudah, cepat dan sedapppp! Boleh juga tukar kepada udang, ketam atau sotong.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.