AYAM KICAP BEREMPAH
Bahan-bahan:
8-12 ketul ayam,Sedap gunakan bahagian bertulang
4 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 cm halia *
Kesemua bahan bertanda ditumbuk.Jangan blend.
3 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan asam jawa.Ramas dan ambil airnya
Kicap manis Enaq ikut rasa
2 sudu makan minyak
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa
Memang sedap sungguh bila masak resepi ayam kicap macam ni. Anak-anak duk puji mama dia pandai masak.Suka hati tengok anak ratah ayam berselera.
Bahan yang menyedapkan kuah ayam kicap :
1 biji bawang besar dipotong bulat
4 biji lada merah/hijau yang besar
10 helai daun kari
Cara masak resepi ayam kicap mudah :
#1: Goreng separuh masak ayam dengan garam. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Api kecil
#2: Masuk air asam jawa, air dan biarkan mendidih pecah minyak. Tambah gula garam serbuk perasa dan kicap .Sesuaikan rasa hingga sebati.
#3: Masukkan ayam dan gaul biar sebati. Tambah bawang besar, lada besar dengan daun kari. Masak hingga bawang layu.
Memang bertambah la makan dengan nasi putih. Tak perlu lauk lain dah. Cukup ayam kicap ni . Selamat mencuba tau.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Nasi Claypot Versi Rice Cooker Boleh Makan Ramai-Ramai Sekaligus. Jimat Masa Dan Sedap!
Juadah sempurna satu periuk nasi, cukup lengkap untuk dihidangkan seisi keluarga. Jimat masa dan tenaga, kalau masak pagi sebelum pergi kerja pun sempat boelh diabiarkan warm dan petang nanti balik kerja boleh makan! Selamat mencuba.
RESIPI NASI CLAYPOT
BAHAN-BAHAN:
- 400gm peha ayam (dipotong kecil)
- 4 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan sos tiram
- 3-4 cendawan shitake *hiris
- Halia sebesar 2 ibu jari *parut dan ambil air dalamnya 2 sudu makan
- Ikan Masin *goreng dan ceraikan isi
- 2 cawan beras
- Air untuk memasak nasi
Tambahan/Hiasan:
- Sayur Sawi/Pok Choy *celur
- Daun Bawang
- Cili Kicap
- Sedikit minyak bijan
CARA-CARA:
1. Campurkan kicap, sos tiram, cendawan, air halia dan perap ayam.
2. Masak nasi seperti biasa di dalam periuk nasi, masa nasi nak kering masukkan perapan ayam tadi. Gaul-gaulkan sedikit. Biarkan masak.
3. Bila dah masak boleh gaul-gaulkan dengan isi ikan masin yang digoreng tadi.
4. Taburkan dengan daun bawang, sawi, minyak bijan dan boleh dihidangkan.
Tip:
1. Untuk individu yang sibuk, boleh perap ayam siap-siap dan bila nak makan boleh terus masak. Perap malamnya, esok boleh bawa bekal pergi sekolah/kerja.
2. Kalau suka rasa halia, letak sedikit kepingan halia dalam nasi atau serbuk halia.
3. Sedap dimakan bersama cili kicap. (Potong cili padi dan campurkan sedikit kicap cair)
Senang kan?
Kongsi resipi: sedapfood.com
Video: chef hassan hen
https://www.facebook.com/tplheng/videos/10211289447342909/
Ayam Masak Bijan Harum Semerbak Satu Dapur
Hidangan yang harum dengan bau bijan yang enak. Jangan letak cili padi jika anak-anak tidak makan pedas.
AYAM BIJAN:
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam (boleh guna bahagian yang lain)
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air
- Bawang besar
- Cili padi
- Bijan (disangai)
- 1 labu bawang besar
BAHAN PERAP:
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu besar minyak bijan
- Sedikit parutan halia
- Sedikit parutan bwg putih
- Garam
CARA MEMASAK:
1. Dada ayam dihiris sederhana nipis. Boleh gunakan bahagian lain juga. Tapi sebaiknya bahagian yang tidak bertulang.
2. Perapkan ayam seketika dengan bahan-bahan perapan.
3. Panaskan minyak dan masukkan ayam.
4. Tutupkan kuali dan kacau sekali sekala. Bila ayam nampak hampir masak, tambah 1/2 cawan air. Tutup lagi dan biar masak sampai kuah jadi pekat. Perasakan garam, gula, sesuai rasa.
Bila kuah sudah hampir kering masukkan bawang besar dan cili padi secukupnya.
5. Tabur bijan yang sudah disangai. Enak dimakan panas-panas. Rasa ayam ini lembut, licin, dan wangi sangat. Kuah akan pekat macam kuah mee sizling. Tidak perlu guna kiub ayam tapi sedap sangat.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Yuss Aisya
Selain Pandai Memasak, Gambar Masakan Through_Helenaeyes Jadi Tarikan Ramai Followers!
Helena Rizanie, atau lebih dikenali sebagai through_helenaeyes sering berkongsi resipi masakan beserta teknik dan cara masakan yang ringkas dan mudah diikuti menerusi laman sosial miliknya. Menurut Helena dia tidak menyangka hobi memasak dan mengambil gambar masakannya mendapat perhatian media sosial malah peminatnya bertambah dari hari ke hari.
“Saya memang gemar memasak sejak kecil, pertama kali memasak pada usia 12 tahun dan resipi pertama pada ketika itu adalah sambal kentang. Mula membabitkan diri dalam laman sosial Instagram sejak 2015.”
“Arwah emak dan kakak memuji masakan saya. Sejak itu, jika letih atau kesuntukan masa, mereka akan meminta saya masak,” katanya. Jelasnya lagi, pujian daripada keluarga seakan jadi motivasi buat dirinya untuk belajar memasak dengan lebih mendalam.
“Saya memilih platform di IG kerana mudah berinteraksi dengan pengikut yang kebanyakannya dari pelbagai peringkat usia. Dengan kemudahan media sosial yang ada, niat saya mahu berkongsi dan bertukar ilmu lebih mudah dan cepat.
Setiap hari berkongsi resipi berlainan.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia lebih bersemangat menjadikan through_helenaeyes sebagai rujukan pengikut selepas mendapat inspirasi daripada rakan blogger dan rakan di IG yang berkongsi minat sama.
“Seronok apabila kita saling tukar resipi dari pelbagai negara dan budaya. Selain itu kita banyak belajar ilmu baru dan mendidik lelaki dan wanita supaya lebih gemar memasak sendiri berbanding makan di luar kerana lebih berkat dan terjamin.
“Memasak adalah perkara yang menyeronokkan kerana kita akan merasa lebih puas dengan hasil air tangan sendiri. Sedap atau tidak adalah perkara kedua yang penting usaha,” katanya. Sehingga kini, Helena telah memasak ratusan jenis masakan termasuk dalam dan luar negara selain pelbagai jenis manisan serta kuih muih.Lebih menarik, semua gambar yang dimuat turun adalah hasil kerja tangannya yang nampak ‘mahal’ dan sempurna.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Helena Rizanie dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Khas buat para pembaca, beliau juga kongsikan tujuh resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
BERGEDIL TAUHU POH BERSAMA SAMBAL PENYET
BAHAN-BAHAN:
- 300 gr (3 peket) tauhu poh
- 3 ketul besar kentang
- 200 gr minced beef
- Daun sup |hiris halus
- Daun bawang, |hiris halus
- 2 bawang putih |haluskan
- 3 sudu makan bawang goreng
- Lada hitam secukupnya
- gula garam secukupnya
- 3 biji telur |untuk saduran
CARA MEMASAK:
- Rebus kentang sehingga lembut dan lenyekkan.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan daging, lada gula dan garam secukupnya.
- Masak sehingga air daging kering.
- Masukkan daging tumis kedalam mangkuk kentang lenyek tadi dan masukkan daun sup daun bawang dan bawang goreng, gaul sebati.
- Gunting sedikit tauhu poh di bahagian atas, dan sumbat inti kentang sehingga padat.
- Sadurkan tahu poh kedalam telur dan goreng dengan minyak yang panas sehingga garing.
SAMBAL PENYET:
BAHAN-BAHAN:
- 8 cili padi merah
- 3 cili merah besar
- 3 bawang merah
- 2 bawang putih
- 1 cm belacan
- garam gula secukupnya
- 1 biji limau kasturi, opsyenal
CARA MEMASAK:
- Goreng cili dan bawang sehingga layu.
- Tumbuk kasar, tambahkan belacan, garam dan gula.
- Perahkan limau jika suka.
KUEH SERABAI UTARA
BAHAN SERABAI:
- 1 cawan tepung beras
- 1/4 cawan nasi
- 1 cawan santan cair
- 1/4 cawan air suam
- 1/2 sudu teh yis
- 1 sudu makan gula
- sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan air suam dan yis dan diamkan selama 5 minit.
- Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
- Kemudian campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar, kacau sebati dan masukkan yis. Perap selama 2 jam.
- Sapu sedikit minyak pada acuan. Bakar atas api selama 10-15 minit.
BAHAN KUAH:
- 1 cawan santan pekat
- 1/4 cawan air
- 1/2 sudu makan tepung jagung
- 1 helai daun pandan
- 1 biji telur
- sedikit garam
- 1 keping gula melaka
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
- Kisar sekejap telur dan santan. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Masak dengan api perlahan sehingga gula melaka larut dan sedikit pekat.
Tips:
Boleh tambahkan durian pada kuah untuk menambah perisa.
AYAM PANDAN THAI
BAHAN-BAHAN:
- daun pandan
- 350 gm dada ayam, potong dadu besar
BAHAN PERAP:
- 5 biji bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 3 cmhalia
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap masin
- 3 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu teh lada putih
- 1 biji limau
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Haluskan bawang putih, halia dan bawang merah.
- Gaulkan ayam dengan bahan perap, biarkan selama 1jam.
- Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan.
- Cucuk dengan pecungkil gigi untuk mengelakkan daun terbuka.
- Kukus selama 10 minit.
- Angkat dan sejukkan sekejap.
- Goreng dengan minyak panas (tak perlu goreng terlalu lama)
- Hidangkan dengan cili thai atau cili kicap bawang.
APAM TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 200 gm gula
- 250 gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- 200 ml susu segar
- 1/2 sudu teh ovalet
- Chocolate rice
- Pewarna merah dan hijau
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan, mixer dengan kecepatan tinggi sehingga putih gebu.
- Lebih kurang sehingga 10minit.
- Bagi 3 adunan sesuai warna, merah, putih dan hijau.
- ( Lebihkan warna merah dan gaul rata dengan chocolate rice)
- Masukkan ke dalam piping bag.
- Letak adunan merah sehingga 2/3 cup, tuang sedikit adunan putih, tutup dengan adunan hijau.
- Kukus 10-15 minit dengan api besar.
KUE SURI PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
- 6 gm yis segera
- 125 ml air suam
- 100 gmtepung gandum
- 5 biji telur
- 4 biji kuning telur (kuningnya sahaja)
- 250 gm gula kaster
- 75 gm mentega cairkan
- 120 ml susu pekat manis
CARA MEMASAK:
- Campurkan air dan yis dalam 1 bekas, kacau rata. Kemudian masukkan tepung gandum kacau lagi sehingga adunan tak berbiji-biji.
- Diamkan selama 30 minit (atau sehingga mengembang)
- Apabila sudah mendekati 30minit, siapkan bahan telur.
- Kacau telur dan gula dengan whisk sampai gula larut.
- Masukkan butter yang sudah cair, kacau dan masukkan susu pekat manis, kacau kembali.
- Tambahkan adunan tepung yang telah mengembang kedalam adunan telur, kacau rata sebati.
- Siapkan loyang, sapu majerin dan taburkan sedikit tepung gandum.
- Tapis adunan dan tuang kedalam loyang.
- Diamkan selama 1 jam sehingga permukaan adunan keluar gelembung kecil.
- Panaskan ketuhar dengan api bawah 160′-170 dan bakar selama 1jam.
- Nyalakan api atas di 15minit akhir.
- Angkat, dan siap untuk dihidangkan