AYAM KICAP BEREMPAH
Bahan-bahan:
8-12 ketul ayam,Sedap gunakan bahagian bertulang
4 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 cm halia *
Kesemua bahan bertanda ditumbuk.Jangan blend.
3 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan asam jawa.Ramas dan ambil airnya
Kicap manis Enaq ikut rasa
2 sudu makan minyak
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa
Memang sedap sungguh bila masak resepi ayam kicap macam ni. Anak-anak duk puji mama dia pandai masak.Suka hati tengok anak ratah ayam berselera.
Bahan yang menyedapkan kuah ayam kicap :
1 biji bawang besar dipotong bulat
4 biji lada merah/hijau yang besar
10 helai daun kari
Cara masak resepi ayam kicap mudah :
#1: Goreng separuh masak ayam dengan garam. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Api kecil
#2: Masuk air asam jawa, air dan biarkan mendidih pecah minyak. Tambah gula garam serbuk perasa dan kicap .Sesuaikan rasa hingga sebati.
#3: Masukkan ayam dan gaul biar sebati. Tambah bawang besar, lada besar dengan daun kari. Masak hingga bawang layu.
Memang bertambah la makan dengan nasi putih. Tak perlu lauk lain dah. Cukup ayam kicap ni . Selamat mencuba tau.