Bulan puasa ni kalau masak yang simple pun dah rasa sedap. Ayam masak kicap contoh dah cukup membuka selera ketika berbuka. Yang penting cara masak tu dan rencah yang digunakan mestilah cukup itu yang membuatkan masakan yang simple jadi enak.

Rasa Nostalgia Ramadan Hari ini menampilkan Adam Corrie dan isteri menyediakan dua menu berbuka yang simple dan memang tak sabar nak makan.

Tengok cara Corrie masak, memang tahu dia pandai masak. Tengok di Instagram dia pun memang rajin menolong isteri memasak.

Menurut Corrie, Ayam Masak Cendawan resipi asalnya tak pedas tapi diolah resipinya dengan meletak cili padi dan cili kering agar lebih pedas.

 

AYAM KICAP CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

Daging ayam -dipotong sederhana besar.

Kaki ayam- dipotong kukunya

Sos tiram

Sos pekat

Kicap cair

Halia

Cili kering

IKLAN

Cili padi

Cendawan kering

1 labu bawang putih

Garam bukit

Gula

Tepung jagung

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan letakkan minyak. Masukkan halia dan bawang putih masak hingga naik bau.
  2. Masukkan cili padi, pastikan ia betul-betul masak.
  1. Kemudian masukkan cili kering.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap dengan kicap, sos tiram dan sos pekat.
  3. Masukkan sedikit air panas.
  4. Bila ayam dan kaki ayam dah masak dan sebati, masukkan cendawan yang sudah direndam. (nak sedap masukkan sedikit air rendaman cendawan)
  5. Masukkan lebihan sos perapan ayam tadi.
  6. Perasakan dengan gula dan garam.
  7. Letakkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah. Siap untuk dihidang.

 

PUDING KARAMEL

IKLAN

BAHAN-BAHAN PUDING:

1 tin susu cair

5 biji telur gred A

3 sudu makan gula

Sedikit esen vanilla

BAHAN-BAHAN GULA HANGUS:

250gram gula

500 ml air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan gula ke dalam kuali.Kacau sampai jadi hangus. Letak air. Dah pekat bolehlah masukkan dalam mangkuk dan sejukkan.

 CARA BUAT PUDING:

IKLAN
  1. Pukul telur, susu cair , gula dan esen vanila untuk jadikan adunan yang sebati.
  2. Cedok dalam mangkuk kecil dan kukus.
  3. Terbalik adunan yang dikukus tadi.
  4. Siram dengan gula hangus tadi. Siap untuk dihidang.

 

 

 

Minuman Segar, Tulen Dan Bersih Terus Dari LG PuriCare™ 

Setelah seharian berpuasa, tekak yang dahaga memang tak sabar untuk minum air sepuasnya kala berbuka.

Untunglah ada LG PuriCare™; Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD  yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) yang membekalkan air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.

Jadi kalau sedang makan tu, tergigit cili atau gulai terlalu pedas, jus yang dibuat pula sudah habis, apa lagi ambil sahaja terus dari Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.  Selamat untuk diminum terus. Muncung Auto Bergerak Atas dan Bawah juga dapat memutar kiri dan kanan, memudahkan kita mengambil air dengan mudah.  Nikmati air bersih dan segar serta merta pada isipadu air pilihan anda iaitu 120ml, 500ml dan 1000ml hanya dengan satu butang.

Lepas makan nak buat air panas, mudah sangat, tekan pilihan air panas.  Kawalan air panas memberikan anda pilihan suhu 40°C, 75°C & 85°C hanya di hujung jari sahaja.

Ternyata Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD memberikan banyak kelebihan dan keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.