Ayam Kicap Cili Padi, Paling Sedap & Disukai Ramai.

Share

Sebut je Ayam Masak Kicap   pasti ramai yang menyukainya, ia bukan hanya sedap tapi paling mudah untuk dimasak. Mungkin di hujung cuti ini anda  baru balik dari kampung atau bercuti tentu penat, jadi anda ingin masak lauk  ringkas tapi disukai oleh semua ahli keluarga. Jangan risau ini dia menu yang paling ringkas dan senang.

AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
  • 3 batang serai | titik
  • 12 biji cili padi | hiris memanjang
  • 2 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam,gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
  4. Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
  5. Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
  7. Ayam sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Norasida Myasin