
Waktu PKP, masak apa-apa pun jalan, maklumlah duduk rumah ahli keluarga asyik lapar je. Apa kata hari ini, anda boleh cuba menu ringkas yang sedap iaitu Ayam Kicap Cili Padi. Walaupun ada macam-macam menu Ayam Kicap ikut selera keluaraga masing-masing dan ramai mak-mak tau membuatnya. Tapi menu ini ringkas tapi sedapnya memang power, gerenti anak-anak suka.
AYAM KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil dan bersihkan
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
12 biji cili padi | boleh tambah cili kalau nak lagi pedas
3 cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak goreng dan tinggal sedikit untuk menumis.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan pula sos tiram, pes asam Jawa, kicap pekat dan kicap manis.
- Setelah pecah minyak masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
- Apabila sekata, perasakan dengan, garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan.
Lagi resipi berkaitan boleh cuba:
https://www.rasa.my/gulai-ayam-cincang-tanpa-santan-yang-sangat-sedap-menu-jimat-pkp/
https://www.rasa.my/rahsia-kurma-ayam-terlajar-sedap-boleh-cuba-ni/
https://www.rasa.my/rahsia-buat-ayam-panggang-lada-hitam-paling-mudah-sedap/
https://www.rasa.my/resipi-ayam-masak-bawang-pulau-pinang-menu-popular-restoran-nasi-kandar/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pajeri Nanas dan Terung, Resipi Mudah Bangkitkan Selera

Pajeri nanas selalu kita makan di kenduri kahwin. Sedap kan pajeri nanas ni. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NANAS TERUNG

Bahan Kisar
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
Bahan Rempah
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
Bahan Asas
• Terung
• Nanas
Cara membuat
1. Tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.
Resipi Oleh Masni Bahari dari Telegram KakiMakan
Nasi Goreng Kambing, Sedap Ni Buat Menu Makam Malam sempoi.

Semua orang suka nasi goreng dan boleh masak nasi goreng. Tapi kali ini RASA perkenalkan Nasi Goreng Kambing yang super sedap. Kepada yang gemar makan kambing kena cuba resipi ini kerana nasi goreng ini mudah dimasak dan terlajar sedap. Sekali cuba mesti nak masak lagi.
NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 2 mangkuk nasi
- 4 batang kacang panjang | hiris halus
- 5 biji cili padi merah | hiris halus
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
- 150gm daging kambing | potong dadu kecil
- 2cm halia | kisar halus
- 2 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh air asam Jawa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
- Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
- Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
10 Resipi Lauk Pauk Guna Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu

Busuk tapi sedap sampai ramai orang ketagih, itulah bahana petai dan jering. Dua jenis ulam ini bukan hanya sedap sebagai ulam tetapi enak juga dicampurkan dalam masakan.
Kepada penggemarnya pasti menyukai apa sahaja menu berasaskan petai dan jering.
Kalau anda nak cuba, ini ada 10 menu petai dan jering yang boleh dicuba dan memberikan idea kepada anda untuk mencipta resipi baru sesuai dengan selera sendiri.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
1 helai daun kunyit
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan air asam jawa
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN-BAHAN KISAR:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
4. Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
5. Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
6. Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit. Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit. Setelah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
GULAI LEMAK UDANG PETAI MUDA

BAHAN-BAHAN:
2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
500gm udang saiz XL | bersihkan
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
2. Masukkan petai dalam periuk bersama asam gelugor, serai, daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
3. Tuangkan santan dan gaul rata. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api. Gulai sedia dihidangkan.
SAMBAL HIJAU BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
3. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
4. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing. Angkat dan hidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak. Tutup api dan sedia dihidangkan.
SAMBAL TELUR PUYUH PETAI

BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL SOTONG PETAI

BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersih & buang kulit arinya
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan petai dan sotong tadi. Kacau rata lebih kurang 2-3 minit. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika. Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL GORENG IKAN BILIS JERING

BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | hiris melintang
200gm ikan bilis | kopek
1 biji bawang besar | hiris
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
3-4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
2. Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan. Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili.
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi.
4. Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
RENDANG BEREMPAH AYAM JERING TUA

BAHAN-BAHAN:
10 biji jering semai | rendam dan buang kulit arinya
500gm ayam | potong kecil, cuci dan toskan
1 liter santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu makan rempah kari
1 keping asam gelugor
3 batang sarai | titik
1 helai daun kunyit | siat dan simpul
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng jering. Angkat dan titik jering dalam lesung batu. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
3. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam kecut. Masukkan santan, asam gelugor dan daun kunyit.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila kuah agak pekat, kecilkan api, masukkan jering dan kerisik.
6. Kacau rata sehingga kuat menjadi kering dan timbul minyak. Setelah secukup rasa dan ayam empuk. Tutup api. Rendang sedia dihidangkan.
SEMUR DAGING JERING

BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | buang kulit ari dan rebus
250gm daging | rebus dan hiris nipis
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
1 batang serai | titik
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu teh jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
1 batang serai
3 biji buah keras
3 biji cili merah
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng daging yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut.
2. Kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
3. Masukkan jering bersama daging goreng tadi, kacau rata 2-3 minit.
4. Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi. Tutup api dan semur sedia dihidangkan.
DENDENG KERDAS BERSAMA DAGING

BAHAN-BAHAN
200gm kedas | goreng dan buang kulit arinya
200gm daging | rebus dan hiris nipis
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng daging (jangan terlalu kering). Angkat dan daging dititik supaya lembut.
2. Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes asam jawa.
3. Seterusnya masukkan daging dan kerdas tadi, kacau lebih kurang 2-3 minit.
4. Kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau lagi sehingga kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit. Tutup api, angkat dan hidangkan.

