Anak-anak kalau dihidangkan dengan ayam masak kicap, pasti berebut makan. Resipi yang dikongsikan ini ada penambahan mayonis, lagi menyedapkan rasa. Selain makan dengan nasi panas, sesuai juga makan dengan roti, nasi impit mahupun ketupat. Bahan-bahan dan cara buat pun mudah saja.
AYAM KICAP MAYONIS
BAHAN-BAHAN:
Kicap manis( Fairuz suka guna kipas udang)
Sos cili
Mayonis
5 ulas bawang putih -dicincang halus
Bawang besar (dipotong)
1/2 batang serai diketuk
3 biji tomato (2 biji dicincang halus,sebiji lagi potong dadu untuk hiasan)
Ayam yang telah siap digoreng.
Ubi kentang yang telah siap digoreng (ini ikut suka nak letak)
CARA MEMASAK:
1.Tumis serai hingga garing.
2.Masukkan bawang putih,biar garing.
3.Bila dah garing, masukkan tomato cincang.
4.Masak sehingga tomato hancur, tambah sedikit air.
5.Bila dah hancur,masukkan sos cili,kicap.Nak pedas boleh letak lebih,nak rasa masin manis boleh lebihkan kicap.Gaul sebati.
6.Dah sebati barulah masukkan mayonis.Sukatan ikut suka,lagi banyak lagi pekat kuah.
7.Bila dah sebati mayonis,masukkan ayam,gaul lagi.
8.Akhir sekali masukkan ubi kentang goreng, tomato yang dipotong dadu dengan bawang besar.
9.Masak sampai pecah minyak.
10.Siap untuk dihidang.
Kredit: Fairuz Abu Hassan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official