
Penggemar nasi ayam hainan pasti menggemari ayam kukus halia ini. Resipi ringkas tetapi padat dengan rasa auntetik masakan cina.
AYAM KUKUS CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam )
- 2 inci halia dihiris nipis
- 5 batang daun bawang dipotong panjang
- garam secukup rasa
BAHAN PERAPAN:
- 3 sudu besar kicap cair
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh lada serbuk hitam
garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN:
- Gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam
- Panaskan kukusan pada api besar Susun ayam atas pinggan kukusan Taburkan halia dan daun bawang Kukus sehingga empuk.
Kredit: hairul nizam ijam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Viral Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Ni, Memang Sedap!

Isi Kandungan
ToggleSedapnya Ayam Goreng Bawang Putih ni. Patutlah viral dan ramai yang cuba. Resipi ringkas dan sedap yang dikongsikan saudari Affieyza Isahak ini, sangat mudah dan berbaloi untuk dicuba. Penggunaan bawang putih ketika menggoreng, mesti kejadiannya wangi dan enak. Bila dimakan, ayamnya terasa rangup namun masih ‘juicy’ didalam. Tak jemu lah! Jom cuba. Anda sekeluarga pasti suka.
RESIPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH VIRAL
BAHAN KISAR:
1 biji telur
1 biji bawang merah besar* – beli online di sini
3 ulas bawang putih* – beli online di sini
1 inci halia*
BAHAN-BAHAN:
Ayam (boleh guna ½ ekor – dipotong)
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
Kiub pati ayam (ikut anggaran ayam banyak mana yang digunakan)
Serbuk perasa & gula
2-3 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan kisar.
2. Kemudian, tuang ke atas ayam yang telah dipotong-potong.
3. Campurkan bahan lain. Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi bagus.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa.
5. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
6. Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan.
7. Tapi saya goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Bila dah masak, angkat dan toskan.
Kredit resipi & foto: Novelis Affieyza Isahak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kerap Disangka Wanita, Chef Ini Kreatif Hasilkan Donut Pelangi
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Dunia Lakonan, Penerbitan & Masakan. Tiga Ruang Berbeza Namun Sheila Rusly Cinta Semuanya!

Siapa tidak kenal dengan wanita hebat ini. Sheila Rusly; nama gah yang dihormati dalam lapangan dunia seni sebagai pelakon, pengacara dan penerbit popular di Malaysia.
https://www.instagram.com/p/BbBM-IeFp9v/?taken-by=sheilarusly_jspictures
Mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak dari tahun 1986, tidak dinafikan isteri kepada Azman Hj Yahya @Jinggo ini punya aura serta karismanya yang tersendiri. Lihat sahaja setiap sentuhan karya seni yang dihasilkan beliau. Pasti ada yang melekat dan memberi kesan mendalam terhadap jiwa penonton.
https://www.instagram.com/p/Ba3iZPfFVh7/?taken-by=sheilarusly_jspictures
Dalam bidang pengacaraan pula, selebriti yang manis berhijab ini banyak mengacarakan rancangan berkaitan masakan. Antara program yang menjadi ‘signature’ Sheila adalah Ketuk-Ketuk Ramadan. Setiap kali tibanya bulan puasa, rancangan inilah yang ditunggu-tunggu oleh kaum ibu. Masakan sedap, mudah malah celotehnya juga membuatkan penonton rasa terhibur.
https://www.instagram.com/p/BVLgcyvDnAg/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://www.instagram.com/p/BVJhS6CDnIq/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://www.instagram.com/p/BVQ-dNSjd9z/?taken-by=sheilarusly_jspictures
Jangan tak tahu, Sheila Rusly juga ada koleksi buku masakan beliau sendiri tau. Antaranya ialah Ketuk-Ketuk Ramadan, Ketuk-Ketuk Sheila Rosly, Ketuk-Ketuk Sheila Rusly 2011 dan Ketuk-Ketuk Sheila Rusly: Mudah Lagi Berkhasiat.
https://www.instagram.com/p/BdCrBdPn3yj/?taken-by=sheilarusly_jspictures
Bagi yang follow selebriti ini di instagram, pasti tahu yang Sheila suka berkongsi pelbagai aktiviti beliau di laman sosial tersebut. Malah, beliau juga rajin berkongsi resipi dan video masakan dengan para peminat. Wow! Powerlah super mum nih! Jom skodeng apa menu-menu yang Sheila Rusly suka masak. Mana tahu boleh dijadikan idea masak nanti.
https://www.instagram.com/p/Bd7PtRQHt3A/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://www.instagram.com/p/BdzC5_AHY45/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://www.instagram.com/p/BbX6YLjFXRS/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://www.instagram.com/p/BbGv7ssFesv/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://www.instagram.com/p/BavTyrOlyRw/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://www.instagram.com/p/BajRb9Flp7M/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://www.instagram.com/p/BaXnR2vlLKF/?taken-by=sheilarusly_jspictures
https://www.instagram.com/p/BZDvRPkFAx4/?taken-by=sheilarusly_jspictures
Sedap-sedap kan? Banyak lagi sebenarnay resipi yang Sheila share. Jangan lupa follow IG beliau ya.
Jangan Asik Membijan, Ambil Tahu Dulu Asal Usul Bijan!

Terus popular bijan kebelakangan ni, tapi pernah tak kamu tahu dari mana datangnya bijan dan asal usulnya? Jom tambahkan pengetahuan selain hanya tahu gunakan minyak bijan dan biji bijan untuk memasak!
Bijan atau nama glamournya ‘sesame seed’ selalu dijumpai bila makan burger, cucur badak atau makanan jepun. Tapi saat kamu makan pernah tidak kamu terfikir bagaimanala agaknye rupa pokok bijan nih? Namanya diambil dari bahasa Latin iaitu sesamum yang dipinjam dari bahasa Greek iaitu sesamon.
Pokok di atas itu la pokok bijan. Pokok ini berasal dari benua Afrika serta India merupakan tumbuhan pertama yang digunakan oleh manusia untuk kegunaan sebagai minyak masak.
Bijan ini banyak khasiatnya yang mengandungi mineral yang mampu mencegah rheumatoid arthritis, memberi kekuatan kepada sistem pernafasan dan peredaran darah. Ia mengandungi bahan sesamin dan sesamolin yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan dan mengelakkan tekanan darah tinggi.
Pokok Bijan ini banyak ditanam di negara afrika serta beberapa negara asia seperti China, Myanmar (Pengeksport terbesar dunia) dan India, kenape Malaysia tak tanam ye? Ia terkenal sebagai Survivor Crop kerana boleh tumbuh di mana-mana tempat, tidak memerlukan penjagaan rapi oleh petani, malah boleh ditanam di pinggir kawasan gurun!
Gambar diatas ialah buah yang mengandungi bijan, bila sudah masak ia akan pecah macam pokok keembung. Mungkin sebab tu orang barat selalu guna istilah ‘open sesame!’
Kredit: kautahutak
RESIPI AYAM KEPAK MASAK MINYAK BIJAN

BAHAN-BAHAN:
- Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
- Sesame oil/Minyak bijan
- Serbuk lada hitam
- Fish sauce/Sos ikan
- Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
- Sos tiram
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat – secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
Kongsi resipi: asapdapur