Mudah dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew , masakan Cina versi halal dan sihat.
AYAM MASAK TAUCU PEDAS
.
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
1 biji bawang holland-dicincang
1 labu bawang putih-dicincang
6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
1 sudu besar taucu
1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah
1 batang daun bawang-dihiris
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ie dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
Ads
.
2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
3. batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
4. Siap boleh hidangkan.
INFO:
Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.
Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak untuk hidangan seharian. Kadangkala dalam seminggu, tanpa disedari, anda berulang memasak juadah yang sama dan ini membuatkan anak-anak merungut. Nakkan kelainan? Jom cuba menu Ayam Pop sedap ni. Menu ringkas tapi nikmat kalau dapat. Ada sambal power!
CARA MASAK AYAM POP
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam sederhana besar
2 cm halia
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
200 ml minyak masak
Garam secukupnya
Bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SAMBAL:
1 biji tomato | buang biji dan hiris
3cm belacan
50ml air
7 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar. Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
Kisar hingga lumat.
Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.
.
INFO CHEF: Ayam Pop adalah masakan popular di kalangan masyarakat Padang, Indonesia.
Cuaca hari ini tidak panas sangat, redup saja. Minum air kopi tanpa hidangan kuih muih pastinya tidak lengkap minum petang anda.Bolehlah rancang nak masak kuih yang mudah dan tak jemu nikmati. Kuih lapis yang dikongsi oleh tokmi ni pun enak, lembut dan lemak-lemak manis. Bila dilapis dengan berhati-hati pasti cantik kejadiannya.
KUIH LAPIS PANDAN GEDIK Bahan-bahan: 1 cawan tepung beras* ( tokmi guna cap teratai)-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar tepung gandum *( sukat jangan menimbun)-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar tepung jagung *( sukat jangan menimbun)-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan santan pekat * 1 cawan air * 1/2 (setengah) cawan gula pasir * Secubit garam * 2/3 helai daun pandan dikisar dengan 1/2 cawan air 1/2 cawan air***
Cara membuat: 1. Campurkan yang bertanda *.Kacau sebati dan tapis ( tokmi blend je)
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian hendaklah dimasukkan air daun pandan,kacau sebati.Satu bahagian lagi hendaklah ditambah dengan 1/2 cawan air yang bertanda ***,kacau sebati.Maknanya jumlah bancuhan adalah 250 ml adunan pandan dan 250 ml adunan asal. 3. Panaskan air kukusan.Tutup tudung pengukus dengan kain bersih.Oleskan acuan saiz kecil ( sebaiknya 5 inci) dengan sedikit minyak dan panaskan sebentar.
4. Masukkan setengah cawan atau satu senduk adunan pandan. Kukus 5 minit kemudian masukkan adunan warna asal. Kukus lagi lima minit. 5. Ulang proses yang sama hingga selesai. Untuk lapisan terakhir yang pandan tu tokmi tambahkan sedikit pewarna hijau supaya warna nampak menarik.Kukus selama 10-15 minit kemudian buka penutup dan kukus lagi 5 minit supaya jika ada wap air yang jatuh akan jadi kering. ** Tokmi guna pengukus letrik jadi tokmi kurangkan jadi 3 minit setiap satu dan yang terakhir 8 minit. Tokmi pusing suhu kepada yang paling tinggi.Kalau ikut betul-betul bancuhan ni, kuih ni memang gedik, lembut dan rasa lemak-lemak.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira