Isi ayam lembut yang dimasak sempurna menjadikan hidangan ini sebagai juadah wajib untuk anda cuba. Sesuai juga untuk kanak-kanak kerana ia tidak pedas.

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 6 ketul paha ayam
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu makan madu
  • 2 sudu teh Rosemary kering
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus atau ditumbuk
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit mentega

 

IKLAN

CARA MEMASAK: 

  1. Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
  2. Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150°selsius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
  4. Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada ketuhar masing-masing.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI