Ayam Madu Crispy Chinese Style atau Crispy Honey Chicken ni memang antara sajian Cina yang cukup popular. Tapi biasanya sajian ini masyarakat Cina ada meletakkan sedikit arak di dalamnya. Tetapi kalau teringin bolehlah makan di restoran Cina Muslim dan tentu halalan toyyiban.

Tetapi apakata cuba buat sendiri bukan susah sangat pun, ni kakak cantik @ Fatin Damia ada berkongsi resipinya, meh semak. Tapi janganlah semak aje, kena buat tau

AYAM MADU CRISPY CHINESE STYLE

Ayam Madu Crispy Chinese Style Paling Sedap, Halalan Toyyiban.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

IKLAN
  • 500gm isi Ayam (Kakak pilih bahagian dada)
  • 2 sudu besar Kicap cair – beli online DI SINI
  • 1 sudu kecil Lada putih -beli online DI SINI
  • 1 biji Telur
  • 2 sudu besar Tepung jagung – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar Minyak bijan – beli onine DI SINI 
  • 2 sudu besar Cuka – beli online DI SINI

Bahan B:

  • 1 inci Halia (hiris nipis)
  • 1 sudu besar Sos tiram – beli online DI SINI 
  • 1 sudu besar Sos plum ( boleh ganti dengan sos tomato jika tiada)
  • 5 ulas Bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar Madu ( Kakak guna Natural Honey by Damia Heaven )

CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama dengan semua bahan A selama 30 minit.
2. Selepas diperap, lumurkan ayam dengan tepung jagung dan goreng ayam sampai setengah masak menggunakan api sederhana. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng lagi sekali ayam tadi menggunakan api besar. Angkat dan ketepikan.
4. Tumis bahan bahan B lebih kurang 5 minit menggunakan api besar. Masak sampai semuanya berbuih. Setelah berbuih, masukkan ayam. Kaup bali sampai semua ayam bersalut bahan sos dan tutup api
5. Taburkan bijan dan daun bawang dan boleh lah di hidangkan.

Masakan ni selalu orang Cina masak dan makan bila Malam Tahun Baru. Ataupun ketika ada majlis majlis perkahwinan ataupun ketika ada tetamu datang ke rumah. Jika nak masak dan makan untuk hidangan tengahari pun boleh.

IKLAN

Ayam Madu Crispy Chinese Style Paling Sedap, Halalan Toyyiban.

Kredit foto & resipi : Fatin Damia

#kakakcantik

IKLAN

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR BARU, JOM LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI : 

Jom Buat Sendiri Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI