Ayam Madu Sira, Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap!

Share

Sedapnya makan nasi bersama Ayam Madu Sira. Lebih enak lagi jika dimakan bersama Nasi Kerabu. Bau wangi ayam tu, lagi-lagi bila ayam tu tengah dibakar, fuhh memang menggoda sungguh.Anda nak cuba? Saudari Afy AL Habibi ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

AYAM MADU SIRA JELITA

BAHAN-BAHAN:
3-4 ketul ayam | dibersihkan dan dikelar/dicucuk
1 ½ rempah ayam madu cikgu afy
Kicap lemak manis

CARA MEMASAK:
1. Tuang 1 ½ sudu besar serbuk rempah ayam madu cikgu afy ke atas ayam.

2. Tambah 1-2 titik sahaja kicap. Jangan lebih untuk kuantiti ayam yang diberikan.
3. Penambahan kicap ini untuk menghasilkan warna maroon ayam madu yang cantik. Gaul rata.
4. Seterusnya pindah masuk dalam periuk. Saya buat cara rebus dulu sebab nak dapatkan warna yang cantik tadi. Tak payah perap pun kalau guna kaedah ni.

5. Saya tambah lagi ¾ sudu besar rempah ayam madu cikgu afy sebab nak tambah air pula selepas ini.
6. Rebus kira-kira 10 hingga 15 minit dalam api kecil. Balik-balikkan untuk kedua bahagian.
7. Ayam siap direbus separa masak. Air yang terhasil tu jangan buang ya.

8. Goreng dulu ayam yang direbus tadi. Tak perlu lama sebab ayam dah masak separa.
9. Nampak tak beza warnanya (tengok gambar). Kalau digoreng tanpa direbus dulu, warna ayam tidak merah menyerlah sebab masa gorengan yang lama.

10. Ataupun lepas goreng tak sira balik, warnanya pun jadi kurang cantik juga.
BAHAN BUAT KUAH SIRA AYAM:

Kuah lebihan rebusan ayam
1 sudu besar rempah ayam madu cikgu afy
1 senduk kecil minyak goreng ayam
½ sudu besar gula perang – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Kacau rata seketika dalam api perlahan.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balikkan bagi sebati dan siap.
4. Atau kalau nak bau ‘smokey’ macam ayam madu bakar, letak pelapik macam saya tu atas api gas (tengok gambar). Susun ayam. Buka api tak sampai seminit. Jangan lama-lama. Siap!

Kredit resipi: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur