Kalau masak lauk Ayam Masak Beriani ni baunya teramatlah wanginya boleh menyebabkan meleleh air liur dibuatnya. Maklumlah ada rempah beriani, confirm menusuk aromanya sampai ke rumah jiran.

Ni min kongsikan resipi Ayam Masak Beriani Sempoi perkongsian daripada Nurhayati Ab Malek. Ni siap ada langkah-langkah memasaknya, gerenti jadilah. Nanti dah siap masak jangan lupa bagi jiran sikit tau, barulah berkat bila rezeki dikongsi bersama.

AYAM MASAK BERIANI SEMPOI



.

BAHAN-BAHAN :

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ½ inch halia

Bahan goreng:

  • 1 ekor ayam (potong ikut suka, cuci dan tos)
  • Serbuk kunyit
  • garam

Bahan lain:

  • ½ cawan susu cair
  • 3 batang daun ketumbar (dipotong)
  • 2 sudu cili kering kisar/cili boh – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar sos tomato -beli online DI SINI
  • 2 sudu besar sos cili – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar puri tomato – beli online DI SINI
  • 3 sudu besar rempah beriani
  • ½ kiub pati ayam (opsyenel) – beli online DI SINI
  • 1 genggam kismis
  • 2 sudu kecil bawang goreng – beli online DI SINI
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Mula-mula gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng hingga setengah masak dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama goreng ayam tadi, cedok keluarkan minyak, tinggalkan sikit untuk menumis.
3. Tumiskan segala bahan kisar dan gaul rata hingga naik bau.

IKLAN


4. Masukkan cili kisar dan gaulkan rata.


5. Masukkan puri tomato, sos tomato juga sos cili. Gaulkan.
6. Masukkan rempah beriani. Saya guna rempah beriani dari Mak Siti.


7. Jika anda ada rempah khas untuk daging/ayam beriani lagi boleh. Jika ada kiub ayam boleh lah masukkan juga.
8. Masa masukkan rempah ni aromanya teramatlah wangi.
9. Sudah gaul rata kita masukkan ½ cawan susu cair. Gaul dan gaul lagi hingga rata.


.10. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaulkan.


11. Masukkan air secukupnya. Tak perlu banyak sangat, cukup lah biar nampak berkuah sikit.


12. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat.


13. Masukkan kismis, daun ketumbar juga bawang goreng. Gaulkan! Sedia untuk dihidang.


.

Sumber : FB Nurhayati Abd Malek

 

INGIN MEMBELI KUALI TAK MELEKAT, BOLEH BELI ONLINE DI SINI 

ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :

Nasi Beriani Kambing Homemade Istimewa Buat Sekeluarga Nikmati

 

Kambing Masak Beriani, Sedap Dimakan Dengan Nasi Atau Roti

 

Resipi Set Beriani Istimewa Ayah, Pakar Lauk Kenduri, Gulai & Kurma Daging.