Ayam Masak Beriani selain sedap dimakan bersama nasi beriani, sedap juga dimakan bersama nasi putih. Ayam Masak Beriani akan jadi lebih sedap kalau ayam direneh lama, biar isi ayam lembut. Bila dimakan terus terlerai dimulut. Memang nikmat dapat makan begini. Nak cuba buat Ayam Masak Beriani? Jom kita cuba resipi Ayam Masak Beriani seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini.
RESIPI AYAM MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam potong dan cuci bersih (jika suka goreng dahulu atau tak perlu goreng terpulang selera masing-masing)
BAHAN KISAR:
7-8 biji bawang merah 3 biji bawang besar 4 biji bawang putih –BELI ONLINE 4 inci halia –BELI ONLINE
Kisar asing: 15 tangkai cili kering yang telah direbus lembut (atau boleh terus guna cili boh)
BAHAN REMPAH:
2 batang serai diketuk 1 helai daun pandan simpulkan 2 helai daun bay –BELI ONLINE 2 sudu besar penuh rempah briyani 2 sudu besar serbuk cili –BELI ONLINE 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar serbuk kari ikan 1 sudu besar serbuk kari ayam 1 sudu besar serbuk lada putih –BELI ONLINE 1 sudu kecil serbuk kunyit – BELI ONLINE 5 sudu besar sos cili saji 4 biji buah tomato dipotong dadu ½ tin susu krimer sejat Saji Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa Air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak sesekali kacau untuk elak dari hangus.
2. Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.
3. Masukkan serai dan daun pandan.
4. Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai. Perisakan dengan garam gula reneh hingga ayam masak. Siap.
Suka makan stik atau Chicken Chop? Hidangan-hidangan Barat macam ni kalau sosnya sedap, memang best. Jika nak belajar buat sendiri, ada resipi sos mudah yang boleh anda cuba. Hanya guna empat bahan mudah. Anda boleh hasilkan sos bertaraf restoran tetapi secara homemade. Caranya pun sangat senang. Jom tengok resipi perkongsian saudari Fyda Nz ni.
BAHAN-BAHAN:
Sos lada hitam secukupnya ( ikut citarasa atau letak sehingga sos berwarna hitam.)
CARA MEMASAK: 1. Campur kiub ayam, cream of mushroom dan tepung gandum tadi . Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
2. Bila dah tak berketul, masukkan lebihan air dalam anggaran setengah periuk macam dalam gambar. Bila dah masukkan air setengah periuk, baru hidupkan api dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mendidih. Jika tidak dikacau, bancuhan akan berketul dan kuah menjadi tidak cantik.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan sos lada hitam dan kacau sebati.
4. Siap! Padamkan api. Sos lada hitam ini sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.
Mi hailam gantikan nasi seuai juga untuk minum petang atau makan malam. Masak sendiri boleh letak extra udang dan sotong.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi kuning (500gm)
5 ekor sotong saiz sederhana
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 biji bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1/4 bunga kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 gelas air
2 tangkai daun bawang
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap manis
1/2 – 1 sudu besar kicap pekat
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
Sediakan sayur-sayuran, sotong dan udang untuk masak.
Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga agak hancur. Lagi elok tumbuk sebab nanti aromanya lebih sedap.
Kalau tidak berapa rajin hiris bawang merah dam bawang putih diketuk.
Tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan semua jenis sos dan kicap.
Masukkan air dan biar hingga mendidih. Masukkan sotong, baby corn dan bunga kobis. Biarkan mendidih dalam 3 – 5 minit.
Tutup kuali. Kalau sotong sederhana 3 minit dah cukup. Sotong yg 5 minit. Sotong kalau dimasak lama jadi liat pulok. Nak tercabut gigi duk gigit sotong liat.
Masukkan udang dan lobak merah. Biarkan mendidih selama 3 minit.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh. Perasakan dengan garam, lada putih dan lada hitam.
Anda boleh betulkan rasanya ikut pada selera sendiri. Hendak rasa kicap lebih tambakan kicap, kakau suka kuah agak pekat boleh tambah tepung jagung, mahu kuah lebih tambahkan air.
Masukkan mi, cili dan sawi. Kacau sekejap, jangan lame sangat nanti mi kembang. Sawi masuk akhir sekali supaya tidak lembik dan masih rangup bile dimakan.
Ikan bawal sedap digoreng. Sedap juga dimasak tiga rasa. Cukup pedas, manis dan masamnya. Kalau dimakan panas-panas, boleh buat bertambah-tambah nasi. RASA kongsikan resipi daripada Isya Sandra. Memang nampak sedap ikan bawal masak tiga rasa ni. Simple tapi sedap.
IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang holand (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
Sos tomato
Sos cili
Sedikit air
1/2 biji bawang holland (potong bulat)
3 biji cili padi (dipotong kecil)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang holand yang dipotong dadu dan juga bawang putih.
2. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan bawang holand yang dipotong bulat dan cili padi.