Haaa kat peti sejuk tu ada ayam dan daging. Malas nak ulang resipi yang sama, jom kita try lauk Ayam Masak Cendawan Shiitake dan Kuzi Daging. Bunyi tajuk resipinya sahaja dah cukup padu kan.

Shitake memberikan ‘flavour’ cendawan yang sedap lagi menyihatkan. Bercerita pasal kuzi daging ni pulak,menurut Zulfaza Loves Cooking ZLC dalam FB nya lauk ini ada macam-macam versi. Versi Pantai Timur ada, Johor pun ada. Menariknya ada yang suka letak kerisik dan ada juga resipi menggunakan yogurt. Apa pun versinya janji sedap dan memuaskan hati.

AYAM MASAK CENDAWAN SHIITAKE @ ZLC

Ayam Masak Cendawan Shitake & Kuzi Daging, Kecur Air Liur Dibuatnya.
.

BAHAN-BAHAN :

  • 300g ayam (potong kecil)
  • 1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
  • 5 batang cili kering
  • 5 butir bawang putih (ketuk jer)
  • halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair (saya letak kicap pekat manis jer 4 sb)
  • lada putih secukup rasa
  • Air secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK ;
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak.
2. Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan.
3. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang.
* Ayam masak cendawan ni empunya resipi tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap.

Ads

KUZI DAGING

Ayam Masak Cendawan Shitake & Kuzi Daging, Kecur Air Liur Dibuatnya.
.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 kg daging dihiris nipis
  • 4 tangkai daun pudina
  • 2 pokok daun ketumbar
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin tomato puri
  • Gajus dan kismis secukupnya
  • 100 gm rempah kari daging
  • 100 gm rempah briyani
  • garam secukup rasa
  • Gula melaka dan madu secukup rasa
  • 1 ketul gula batu

Bahan Tumis

  • 6 sudu besar minyak makan
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 6 biji bawang besar | dikisar
  • 8 ulas bawang putih | dikisar
  • 4 inci halia | dikisar
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga naik baunya.

2. Masukkan rempah kari dan rempah briyani. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan juga susu cair.

3. Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Bila sudah masak dan daging empuk, masukkan daun pudina, daun ketumbar, cili merah, cili hijau tan taburkan gajus goreng dan kismis.

* Empunya resipi hidangkan dengan nasi briyani

Ads

Kredit : Zulfaza Loves Cooking ZLC

ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMASAK SAJIAN DAGING, SILA LAYARI DI SINI DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK.

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI DI VIDEO INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Nasi Daging Air Asam Morocco ,Sajian Raya Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

Ads

Soto Daging & Bihun Sup Bebola. Sajian Ringkas Tapi Sedap Untuk Tetamu Datang Beraya.

Daging Paprika Cendawan. Sajian Buat keluarga Tercinta Di Hujung Minggu.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI