Ayam Masak Cili Berkari. Menu Istimewa Untuk Majlis Kenduri.

Share

Anda ada nak majlis kenduri kecil-kecilan dan hidangan masak sendiri? Menu Ayam Masak Cili Berkari ni anda boleh cuba. Maklumlah biasanya masak Ayam Sambal kan? Lari sedikit dari kebiasaan. Pasti anda suka akan rasanya.

 AYAM MASAK CILI BERKARI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | dipotong 16
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan garam
  • 2 cawan minyak masak

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 20 tangkai cili kering | direndam
  • 3 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 6 biji buah kurma
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh pati asam jawa
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng sehingga ia menjadi garing. Tos dan ketepikan.
  3. Ketepikan separuh dari minyak tersebut. Masukkan daun kari dan tumis bahan-bahan yang telah  dikisar terlebih dahulu di dalam minyak selebihnya sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan pati asam jawa, air dan garam. Masak sehingga mendidih sebelum memasukkan ayam.
  5. Masak sehingga pekat dan kuah menyaluti ayam.

Info chef: Tambahkan kacang gajus sebagai hiasan.

 

 

Published by
Nur