Ayam Masak Cili Hijau Petai Padu Sedapnya, Gerenti Makan Bertambah.

Share

Ramai sukakan ayam sambal, tapi kalau tambah dengan petai, memang memberikan rasa yang sangat padu kepada penggemar petai yang boleh menjadikan makan nasi bertambah-tambah. Kepada anda yang belum cuba menu ni dan ingin mencuba, resipinya ada disediakan di bawah, anda boleh cuba bila-bila ada kelapangan.

AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil, bersih dan tos
1 batang serai | titik
1 helai daun pandan | simpul
2 sudu makan sos ikan
Garam secukup rasa
1 kiub perasa ayam secukup rasa
Sedikit belacan | jika suka
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis


BAHAN KISAR:
5 tangkai cili hijau
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Ayam yang telah dibersihkan tadi digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga masak.
  3. Keluarkan minyak goreng ayam, tinggal anggaran dua senduk.
  4. Masukkan daun pandan dan serai, tumis hingga naik bau.
  5. Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau rata.
  6. Tambahkan petai, belacan (jika suka) perasa ayam dan sos ikan.
  7. Akhir sekali masukkan ayam goreng, kecilkan api dan gaul rata.
  8. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.

Kredit: Nurul Ateekah.

Published by
webadmin