Ketandusan idea nak masak menu apa untuk tengah hari, boleh fikirkan menu yang simple dan gerenti disukai ramai. Bahagian isi ayam yang kurang laku boleh saja masak menu ayam masak halia. Letakkan cendawan, lada kering dan daun bawang memberi aroma yang menyelerakan pada masakan ini. Cubalah nanti.
AYAM HALIA
Bahan-bahan:
Ayam – perlu digoreng sekejap. Jangan terlalu garing. Saya guna air fryer. 160 darjah selama 20 minit.
Bawang merah
Bawang putih
Halia – kena banyak sikit sebab perlu dikisar dan dihiris.
Cendawan shitake kering,lada kering dan daun bawang. Cendawan perlu direndam dahulu, tapi saya rebus sekejap supaya kembang.
Cara memasak:
1 Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram.
3.Tambah sedikit air. Kemudian, masukkan ayam. Gaul hingga mesra. Tambah lagi air ikut kesesuaian kuantiti ayam. Boleh masukkan kicap masin untuk dapatkan warna yang lebih menarik. Masakan ini tidak memerlukan kuah yang banyak.
4.Masukkan cendawan dan lada kering, garam. Biarkan masakan mereneh sekejap. Sempurnakan rasa dan kepekatan kuah dengan bancuhan tepung jagung.
5.Akhir sekali, masukkan daun bawang. Tutup api.
Kredit: Fie Safiah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official