
Menu Ayam Masak Halia paling mudah dan sedap untuk disediakan. Ayam masak Halia ni ada dua versi sebenarnya, sama ada ayam digoreng terlebih dahulu atau dimasak terus. Guna halia muda banyak-banyak lagi sedap. Sis Mas Dalam Dapur Rasa Live berkongsi resipi Ayam Masak Halia di mana ayamnya digoreng terlebih dahulu. Makan pula dengan nasi panas-panas memang sedap.
AYAM MASAK HALIA
BAHAN- BAHAN
1/2 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
½ sudu besar serbuk kunyit
3 biji bawang kecil (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
3 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang cendawan tiram (dihiris)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
1/4 cawan air tepung jagung
Garam secukup rasa
Daun bawang (dihiris)
Cara memasak:
1. Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan.
3. Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.
5. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul.
6. Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Paratha Sosej Cheese. Sedap, Buat Guna Roti Canai Segera

Cara mudah menyediakan Roti Paratha Sosej Cheese yang sangat sedap untuk kudapan anak-anak. Jika anda ada roti canai sejuk beku, bolehlah buat snek macam ni. Sangat ringkas namun hasilkan seakan produk yang dibeli di kedai-kedai bakeri. Tidak perlu uli tepung atau guna puff pastri. Cukup sekadar roti canai segera ini sahaja. Satu keping pun boleh dapat banyak biji. Mudah dan rasa pun enak. Hidangan ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Boleh buat untuk sarapan, minum petang atau sebagai snek ringan yang dimakan ketika menonton televisyen. Rasa pasti lebih enak kerana dibuat dari air tangan ibu. Jom lah kita buat. Saudari Izz Aishah ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT ROTI PARATHA SOSEJ CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha – beli online disini
Sosej – beli online disini
Kepingan keju – beli online disini
Kuning telur (untuk disapu pada roti paratha)
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping Roti Paratha dan potong kepada 8 bahagian seperti potongan pizza.
2. Letakkan kepingan kecil keju dan juga hirisan sosej mengikut saiz yang berpadanan.
3. Gulung kepingan paratha dengan kemas.
4. Seterusnya sapu bancuhan kuning telur di permukaan pastri.
5. Bakar Roti Paratha Sosej Cheese menggunakan Air Fryer pada suhu 190c selama 7-10 minit hingga pastri kuning keemasan. Jika tiada AF, boleh sahaja menggunakan ketuhar atau pemanggang ajaib.
8. Roti Paratha Sosej Cheese sedia untuk dihidangkan.
INFO: Roti paratha sejukbeku ini cepat lembut, jadi keluarkan sekeping terlebih dahulu. Buat hingga siap kemudian barulah dikeluarkan kepingan roti paratha kedua dan seterusnya.
Kredit resipi & foto: Izz Aishah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Dagang Lembut Gebu Bersama Gulai Ikan Tongkol Sedap
Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok
Makan Satu Dah Kenyang. Resipi Mi Gulung Sedap Untuk Makan Malam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kek Butter Horlick Lemak Manis

Dah muak dengan rasa pelbagai jenis kek. Kali ni nak buat kek yang tidak muak rasanya. Jika sebelum suka dengan kek yang simple seperti kek butter kita olah rasa dengan meletak Horlick di dalamnya. Pasti sedap ni.
KEK BUTTER HORLICKS
Bahan-bahan:
500gm butter (Akak guna purebutter)
1 gelas gula pasir
3 gelas tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
1 gelas Horlicks
1/2 tin susu pekat manis -BELI ONLINE DI SINI
10 biji telur
1 sudu makan baking powder -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan telur satu persatu dan putar.
4. Masukkan susu pekat manis dan putar
5. Masukkan horlicks dan putar
6. Masukkan esen vanilla dan putar.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
8. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
9. Dua biji loyang ukuran 8”x 8” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
10. Bahagikan kepada dua adunan / loyang.
11. Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak.
Nota : suhu bergantung pada oven masing-masing.
SELAMAT MENCUBA
Kredit : Julie Zuriana
INGIN MENUKAR OVEN BARU, BOLEH BELI DI SINI.
Kek Coklat Kukus Moist Sukat Guna Cawan. Lembut Dan Gerenti Jadi!
Koleksi Resipi Minuman & Manisan Penyejuk Tekak Di Musim Panas

Memang nikmat jika dapat menikmati aneka koleksi minuman dan manisan yang sedap dan boleh menyejukkan badan. Sesuai dinikmati dikala cuaca panas begini. RASA kongsikan koleksi resipi minuman dan manisan sedap dan mudah yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Sangat berbaloi dan pastinya digemari ramai.
KOLEKSI RESIPI MINUMAN & MANISAN SEDAP
1. AIR NANAS RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
- Nanas
- Gula
- Air
- Daun pandan
- Rambutan/longan
- Selasih
- Ais
CARA MEMASAK:
1. Masak nanas dengan gula, air dan daun pandan
2. Kemudian sejukkan dan masukkan rambutan/longan bersama-sama selasih.
3. Campurkan ais batu. Pencuci mulut enak ini sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: lina.tjoandra
2. CHA BANG ANG
BAHAN-BAHAN:
- Cincau manis (beli dalam tube)
- Gula karamel – gula perang 1 cawan masak dengan air 1 cawan.
- 3 sudu makan biji selasih – rendam air panas
- Ais
BAHAN SUSU (CAMPUR SEMUA GONCANGKAN):
- 2 cawan susu segar full cream
- 1 cawan susu cair – beli online disini
- 3 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
- 1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan dalam bekas besar. Adun sebati dan siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto : Acik Siti
3. THAI MILK DESSERT VIRAL
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu cair carnation – beli online disini
- 2 sudu susu pekat
- 1 paket Kristal Jelly Brand Nona ( Perisa Raspberi) – didih, bekukan & potong dadu/panjang
- ikut suka
- 1 sudu biji selasih – rendam hingga kembang dan toskan
- 1 mangkuk ais
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Susu pekat boleh ubah suai ikut kehendak masing-masing kerana jelly tu sudah memang manis.
Kredit resipi & foto : Eda Harun
4. KOKTEL BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu sejat
- 1/2 tin susu pekat manis
- 2 cawan air panas
- 1 tin buah laici
- 1 biji buah naga
- 2 biji buah mangga
- Cincau
- Ais
CARA MEMASAK:
- Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi dua cawan air.
- Campur semua bahan-bahan lain. Sebatikan.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto : Zaky Mat Ali
5. SAGU TEMBIKAI SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 cawan sagu
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 1/2 biji tembikai susu
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus sagu hingga jernih. Tapis dan bilas untuk buang lebihan kanji pada sagu. Toskan.
- Potong dadu isi tembikai susu/ gunakan melon scoop. Ketepikan.
- Dalam periuk, masukkan gula pasir dan sedikit air. Masak hingga gula larut.
- Masukkan susu cair, sagu ke dalam bekas yang berisi tembikai yang didadu tadi. Masukkan air gula tadi, tahap kemanisan mengikut selera anda.
- Kemudian masukkan ais dan sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto : Fathin Khair
6. CENDOL MANGGA HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- Cendol gula merah
- Ais
- Mangga Harum Manis (kalau tak ada jenis tu, mangga biasa pun boelh asalkan sedap)
CARA MEMASAK:
- Beli cendol gula merah dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
- Potong dadu Mangga Harum Manis.
- Campurkan mangga ke dalam cendol bersama ais. Siap!
Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
7. AIS AVOKADO CINCAU PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 bahagian avokado berukuran besar
- Cincau – dipotong
- Pisang jenis berangan/cavendish – dipotong
- 6 sudu santan
- 300 ml air
- Gula secukup rasa
- Ais
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan, air, gula dan kacau rata.
- Masukkan potongan avokado, cincau dan pisang.
- Tambah ais batu
Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
8. AIS BUAH
BAHAN-BAHAN:
- Buah-buahan sitrus seperti strawberi, lemon, nenas dan lain-lain ikut selera
- Air gula
- Sirap
- Ais
CARA MEMASAK:
- Potong buah-buahan yang telah dipilih.
- Masukkan air gula secukupnya.
- Tambah air sirap kegemaran.
- Masukkan ais batu. Siap!
Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
9. AIS LONGAN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
- Agar-agar yang telah dimasak dan dibekukan
- Buah longan atau rambutan
- Air gula / sirap
- Selasih
- Ais
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar dan potong ia dalam bentuk kecil.
- Campurkan ia dengan buah longan/rambutan dalam bekas.
- Masukkan air gula/sirap.
- Masukkan selasih.
- Campur ais batu
Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
10. PUDING KOKTEL SUMI
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu cair
- 1 tin mix fruit
- 1 plastik mix jelly (sumi)
- 2 sudu besar susu pekat(optional)
- Air batu (ais)
CARA MEMASAK:
1. Pastikan guna mangkuk jenis dalam, yang boleh muat kesemua bahan dia atas.
2. Tuang 1 tin susu cair ke dalam mangkuk.
3. Tambahkan 2 sudu besar susu pekat. Kacau sebati.
4. Buka setiap bungkusan jelly/sumi letak dalam mangkuk (nak potong jelly pon boleh)
5. Buka tin buah campuran koktel. Campurkan sekali air mix fruit ke dalam campuran.
6. Akhir sekali, bila sudah cukup manis, boleh terus simpan dalam peti sejuk atau masukkan ais untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto : Nora Azni
11. AIS JERUK JELI SELASIH
BAHAN-BAHAN:
- Limau kasturi secukupnya
- Gula secukupnya
- 1 sudu makan serbuk jelly kosong
- 1 sudu makan serbuk agar-agar
- Biji selasih – rendam air panas
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masak serbuk agar-agar dan serbuk jelly. Biar mengeras.
- Perah jus limau secukupnya. Jika kurang manis, tambahkan gula secukup rasa.
- Dalam bekas besar, satukan jus limau, agar-agar yang dipotong halus, selasih dan ais. Kacau sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
12. AIS TIMUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 bungkus serbuk jelly kosong
- 1/2 bungkus agar-agar kosong
- 100 gm gula
- 450 ml air
- 250 gm timun – kupas kulit dan parut
- 1 sudu makan selasih – rendam air panas
- Perasa tembikai, tembikai susu atau apa-apa jus bersesuaian
- Ais
CARA MEMASAK:
1. Masak serbuk jelly, agar-agar, gula dan air sampai mendidih. Dinginkan, biarkan mengeras kemudian parut.
2. Dalam bekas besar, campurkan semua bahan. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
Nak cari MANGKUK COCKTAIL baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah. Nanto boleh guna untuk cuba resipi koleksi minuman ni.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Tak Cuba Tak Tahu. Rupanya Resipi Suhun Goreng Ni Lebih Sedap Dari Bihun
Cara Masak Roti Pizza Tuna Guna Kuali. Sedap & Lembut Walau Dah Sejuk
Untuk Peminat Sambal Kicap Tegar! Nah 3 Tip Sambal Kicap Letop Tahan Lama.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official