Memang terangkat menu ni bila dihidang dengan nasi panas-panas. Ayam masak kandar ni bukan hanya sesuai dengan nasi putih malah makan dengan nasi biryani lagi surr.

Ayam Masak Kandar

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 sekawan
3 biji bawang merah
3 batang cili hijau
3 batang cili merah
2 biji tomato
2 batang serai
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
3 sudu makan cili kering-kisar
3 sudu makan serbuk kari ayam
3 sudu makan kicap pekat/karamel
Garam secukupnya
Sedikit lada hitam

Cara memasak:

1.Tumis 3 sekawan,pes halia dan bawang putih dan serai
2.Masukkan bawang dan kacau.
3.Setelah bawang layu,masukkan tomato.
4.Masukkan pes cili kering.
5.Masak sehingga pecah minyak dan masukkan serbuk kari.
6.Kacau rata dan biarkan rempah masak sekejap.Masak dengan api perlahan.
7.Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih sikit.
8.Setelah mendidih,masukkan ayam.
9.Gaul rata dan biarkan sekejap sehingga jus dari ayam keluar.
10.Tambahkan kicap pekat.
11.Gaul rata dan biarkan mendidih lagi.Jika kuah kering boleh tambah sedikit air
lagi.Perasakan dengan garam.
12.Masukkan sedikit lada hitam dan kacau.Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
13.Tutup api dan taburkan sedikit bawang merah yang dipotong bulat,cili hijau
dan cili merah.
14.Sedia dihidang.

Ads

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Ayam Bakar & Sos Meraung Wajib Cuba, Memang Sedap!

Ayam Goreng Kicap Ala 3 Budak Gemok, Padu Rasa Dia. Tak Cukup Nasi Sepinggan

Resipi Ayam Goreng Kunyit Paling Sedap & Tak Keras

Ads

Ads

https://www.youtube.com/watch?v=IOdZMyaywT8

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI