Lauk ayam masak kicap ni memang terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa. Dalam kenduri kahwin atau musim perayaan memang ayam masak kicap akan menjadi pilihan. Lauk ini juga turut ada sebagai salah satu lauk dalam juadah nasi ambeng. Senang cakap, ayam masak kicap adalah salah satu lauk utama dalam masyarakat Jawa dan ianya memang sedap serta menyelerakan.
BAHAN-BAHAN
• 1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil)
• Minyak masak
BAHAN TUMBUK
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 4-5 cili padi merah
• 2 inci halia
• Jintan manis
• Lada putih
BAHAN LAIN
• Serbuk ketumbar
• Kicap manis
BAHAN HIASAN
• Tomato
• Cili besar merah
CARA MEMBUAT
1. Goreng ayam. Ketepikan.
2. Tumis semua Bahan Tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang sudah digoreng.
4. Masukkan serbuk ketumbar dan kicap. Kacau.
5. Masukkan Bahan Hiasan dan biarkan seketika. Angkat.
Resipi Oleh Dapur Kak Zura dari Telegram KakiMakan