Ayam masak kicap ni sangat familiar dengan masyarakat Jawa. Lazimnya akan ada di kenduri-kendara. Time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mana ada kenduri kan? So kalau nak rasa, kenalah masak sendiri.
Lauk ayam masak kicap memang sentiasa mampu membuka selera. Ayam digoreng dulu, kemudian barulah dimasak. Memang sedap sungguh. Tumisan bawang dan cili menjadi asas keenakan ayam masak kicap. Gunakan kicap lemak manis, menambah sedapnya lauk sebegini. RASA kongsikan resipinya.
Ads
AYAM MASAK KICAP PEKAT MELEKAT
BAHAN-BAHAN
• 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
• Sos tiram
• Kicap
• Gula
• 8 ketul ayam (digoreng agak garing, ketepikan)
• 1 labu bawang besar (potong bulat)
• Cili padi atau cili besar (dihiris)
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan merah kecil.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan gula. Kacau.
3. Masukkan ayam, bawang besar dan cili. Kacau rata seketika. Matikan api.
Penggemar ayam mesti suka, kerana isi ayam lebih empuk dan hanya menggunakan isi ayam sahaja. Dah tentu lebih mudah dinikmat dan berjus. Kepada mak-mak yang bekerja, boleh perap ayam malam, balik kerja hanya perlu panggang ayam dan buat sos je, sangat mudah dan tak perlu bazirkan duit makan kat luar. Resipi macam biasa ada dikkongsikan di bawah ini.
AYAM MENANGIS MERAUNG BAHAN-BAHAN: BAHAN PERAPAN AYAM: 500gm ayam | isi bahagian dada, paha atas dan bawah 3 batang Akar Ketumbar 4 ulas bawang putih 1 sudu makan gula [perang 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan sos ikan 1 sudu makan lada hitam/sulah Sedikit minyak untuk memanggang ayam BAHAN SOS: 1 sudu makan sos ikan 1 sudu makan air asam jawa 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja 1 sudu makan gula kabung/nisan Thai 1 sudu makan serbuk cili kasar 1 sudu makan beras digoreng sangai 1 pokok ketumbar | cincang halus 10 biji cili padi | cincang halus 3 ulas bawang merah | cincang 3 ulas bawang putih | cincang
CARA MEMBUAT:
Kisar semua bahan perapan kecuali ayam.
Gaulkan isi ayam dengan perapan, perap sekurang-kurangnya 3 jam.
Panaskan kuali non stick, letakkan sedidkit minyak dan bakar dengan api kecil.
Campurkan semua bahan, kemudian gaul rata, dan rasa. Rasanya mesti pedas, masam dan manis.
Mana-mana yang kurang tambah.
Setelah cukup rasa, ketepikan.
Hiris kecil ayam yang telah masak dipanggang dan hidangkan bersama sosnya.
Cukup rasanya,masakan Thai yang sedap untuk dicuba. Ada pedas, manis, masam membuatkan sesiapa sahaja yang memakannya pasti suka, cubalah buat untuk makan malam bersama keluarga, pasti berselera.
RESIPI AYAM MASAM MANIS ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam(gaul sedikit garam kunyit dan goreng..jgn goreng terlalu garing)
BAHAN KISAR: (jgn kisar sampai halus yer)
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
10-15 biji cili padi(x suka pedas bleh kurangkan)
2 batang serai(hiris2) (kisar semua bahan ini jgn terlalu halus)
BAHAN LAIN:
3 sdb sos cili
1 sdb sos ikan
3-4 helai daun limau purut(carik2)
1 1/2 sdb gula
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
1 cawan air utk kuah
2 senduk minyak untuk menumis
5-6 biji cili padi(hiris membulat)x buh pun boleh..
1 biji bawang besar(hiris membulat)
Sedikit daun ketumbar(sy letak daun sup sbb x,de stok)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak..tumis bahan kisar,masukkan gula,sedikit garam(jgn byk)dan bahan perasa..
Tumis hingga betul2 naik minyak dan agak garing..masukkan sos cili,sos ikan dan daun limau purut..masukkan ayam dan air..gaul rata..bila dah memdidih dan kuah pekat..masukkan bawang besar dan cili potong..gaul rata..sesuaikan rasa…tabur daun ketumbar(x de pun xpe) dan tutup api…siap
Ada peminat ayam gunting? Buat sendiri lagi puas makan. Jom ayam gunting, rangup di luar, lembut dan juicy di dalam. Tak susah hanya guna tepung goreng serbaguna bestari je. Dah tak perlu ke pasar malam lagi kalau nak makan ayam gunting.
Ayam gunting
Bahan-bahan:
Isi dada ayam yang telah dileperkan
Tepung serbaguna bestari + 1 sudu kecil soda bikarbonat
Untuk sukatan resipi ni bolehlah untuk stok seminggu kalau memang jenis suka makan roti dengan kaya. Jom cuba!Kaya Homemade4 biji kuning telur
1 kotak santan...