Ayam masak kicap ni sangat familiar dengan masyarakat Jawa. Lazimnya akan ada di kenduri-kendara. Time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mana ada kenduri kan? So kalau nak rasa, kenalah masak sendiri.
Lauk ayam masak kicap memang sentiasa mampu membuka selera. Ayam digoreng dulu, kemudian barulah dimasak. Memang sedap sungguh. Tumisan bawang dan cili menjadi asas keenakan ayam masak kicap. Gunakan kicap lemak manis, menambah sedapnya lauk sebegini. RASA kongsikan resipinya.
BAHAN-BAHAN
• 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
• Sos tiram
• Kicap
• Gula
• 8 ketul ayam (digoreng agak garing, ketepikan)
• 1 labu bawang besar (potong bulat)
• Cili padi atau cili besar (dihiris)
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan merah kecil.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan gula. Kacau.
3. Masukkan ayam, bawang besar dan cili. Kacau rata seketika. Matikan api.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Soo Lee Hin dari Telegram KakiMakan