Makan

Ayam Masak Kicap Versi Kering Tanpa Kuah, Rupanya Lagi Sedap

Share

Ayam masak kicap memang ada banyak versi dan biasanya mesti berkuah. Tapi rupanya yang tak berkuah atau kering katanya lagi sedap.

Nak tahu cara masak ayam kicap tak berkuah? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Resipi beliau ini mendapat hampir 59k perkongsian di Facebook, punyalah ramai suka.

Resipi ayam masak kicap versi kering

 

Tak ada orang tak tahu cara nak masak ayam masak kicap, tapi setiap orang cara masaknya berlainan. Saya suka ayam masak kicap yang tak berkuah. Lagi kering lagi suka! Jadi, ini cara saya.

Bahan-bahan: (2-3 orang makan)
½ ekor ayam
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah ros
1 inci halia
3-4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili

Cara membuat

1. Bahan segar dipotong kasar, dan ditumis sehingga naik aroma.

 

2. Ayam sebaiknya potong kecil-kecil supaya cepat masak. Nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam.

 

3. Bila nampak ayam kuning, tuang kicap lemak manis  atas ayam. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Gunakan api besar ketika ini. Sentiasa gaul ayam.

 

4. Masukkan sos cili, sos tomato masukkan.

 

5. Gaul sampai ayam diyakini masak. Kalau tak masin, tambah garam. Masak ayam ini kalau boleh sampai kering. Sos dan kicap melekat pada ayam. Kemudian letak hirisan bawang Holland.

6. Bila sudah keringdah kering, letaklah apa-apa daun bawang atau hirisan cili, baru menyelerakan. Siap! Boleh hidang.

 

 

Selamat mencuba.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Published by
Rose