Ayam Masak Kunyit Halia, menu ringkas dan mudah untuk disediakan. Cukup rasanya kalau makan dengan nasi panas pasti bertambah.

Menu yang mungkin nampak biasa-biasa tapi bila makan, cukup lauk ni sahaja makan pula dengan sambal belacan, memang terangkat habis!

Nak sediakan hidangan ini juga cukup mudah, kalau buntu nak masak lauk apa, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Habeebah Md Daud. Nak tukar ayam dengan daging pun boleh.

RESIPI AYAM MASAK KUNYIT HALIA

Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

BAHAN-BAHAN:

1 sudu kecil secukup rasa Maggi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam – BELI ONLINE
1 senduk/2 sudu besar cili boh
1 ibu jari halia (hiris) – BELI ONLINE
1 keping asam keping – BELI ONLINE
1/2 cawan minyak masak – BELI ONLINE
Garam dan gula secukup rasa

Ads

BAHAN HIASAN:

Bawang besar dan cili merah (dihiris)

Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

CARA MEMBUAT:

1. 1/2 ekor ayam potong kecil-kecil, bersihkan.Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

2. Masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan. Jangan lupa, masukkan air dalam 1 1/2 cawan (bagi ayam separa tenggelam) untuk rebuskan dengan bahan-bahan.Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

3. Rebuskan ayam dalam 10-15 minit sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan.Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

4. Perasakan ikut cara masing-masing. Nak lebihkan gula dan garam, ikut suka.Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

5. Hiris bahan hiasan. Sediakan 1/2 cawan minyak masak.Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

6. Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

Ads

7. Akhir sekali masukkan bawang serta cili. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

Sumber kredit: Habeebah Md Daud

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ayam Goreng Berempah Sedap, Ikut Resipi Mudah Ni Pasti Jadi

Ads

Resipi Ayam Bakar Paling Mudah & Sedap. Gaul Dengan Sos Apa Ada, Bakar Dalam Oven

Resipi Ayam Goreng Kunyit Paling Mudah. Yang Tak Terer Masak Pun Confirm Menjadi!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=d9I3FHT4I7M

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI