Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan punya cara memang tak gunakan bawang. Kisar cili dan kunyit hidup masak dengan santan, siap!

Lauk macam ni nampak simple tapi rasa dia memang sedap dan menyelerakan. Boleh gunakan ayam seekor atau pilih sahaja bahagian mana yang berkenan di hati untuk dijadikan hidangan.

Empunya resipi memilih bahagian peha dan menurutnya resipi ini bukanlah resipi asli namun ia cara masak lemak cili api Negeri Sembilan kerana tidak menggunakan bawang.

Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style, Paling Mudah Tapi Sedap!

BAHAN-BAHAN:

8 ketul ayam bahagian peha

Ads

20-30 biji cili padi -kisar kasar

2 inci kunyit hidup – kisar kasar

1 kotak santan

1 biji ubi kentang

Daun limau purut

Asam keping

Garam

Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style, Paling Mudah Tapi Sedap!

Ads

Cara Memasak:

  1. Blend cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak kat ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api.Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style, Paling Mudah Tapi Sedap!
  2. Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar. Saya pakai santan kotak je.Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style, Paling Mudah Tapi Sedap!
  3. Masukkan kentangAyam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style, Paling Mudah Tapi Sedap!
  4. Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style, Paling Mudah Tapi Sedap!
  5. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Norlailanazira Mohd Agos

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Ayam Percik Kelantan Penuh Aroma Memang Selera Nak Makan

Ads

Kepak Ayam Pedas Manis, Makan Ratah Atau Buat Lauk. Menu Ringkas Kegemaran Sekeluarga

Aneka Resipi Masakan Thai, Buat Sendiri Pun Boleh

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=10_zgNxZgxw

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI