Minggu kedua Rasa Nostalgia Ramadan diserikan dengan kehadiran Ain Edruce bersama suaminya, Amirul. Memang lucu episod kali ini kerana ada sahaja idea Ain untuk mengusik suaminya sekaligus menceriakan suasana sebelum berbuka puasa.

Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Berbicara tentang menu yang mengimbau nostalgia Ramadan Ain, ayam masak lemak cili padi merupakan antara menu yang wajib dimasak oleh ibunya di bulan Ramadan.

Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Tidak lengkap rasanya jika tiada pencuci mulut selepas makan. Jadi, aiskrim goreng telah menjadi menu mereka pada hari ini. Memang sedap. Sejuk terasa di tekak.

Ads

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Bahan-bahan:

  • 15 biji cili padi (campur hijau merah)
  • Kunyit hidup (besar ibu jari)
  • 2-3 helai daun kunyit
  • 4-5 ketul ayam
  • ½ kg santan
  • 2-3 batang serai

Cara Memasak:

  1. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan masukkan serai yang telah diketuk. Kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
  4. Masukkan juga santan. Teruskan mengacau supaya santan tidak pecah.
  5. Selepas itu, masukkan daun kunyit.
  6. Tambahkan garam dan serbuk perasa.

AISKRIM GORENG

Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Aiskrim (perisa coklat)

Cara Memasak:

  1.  Ambil sekeping roti dan letak aiskrim secukupnya di atas roti tersebut. Letak di tengah-tengah. Ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
  2. Kemudian, ambil cawan atau gelas dan tekapkan pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi.
  3. Pastikan roti ditekap dengan kemas dan tiada lubang di tepi untuk mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu menggoreng.
  4. Lebih baik jika aiskrim disimpan di dalam peti dahulu sebelum menggoreng.
  5. Masukkan minyak ke dalam kuali dalam kuantiti yang banyak dan tunggu sehingga minyak betul-betul panas.
  6. Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan cepat kerana roti cepat garing.
  7. Angkat dan toskan minyak. Siap!

 

LG PuriCare™ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti

Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™ dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.

Ads

Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.

Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah, perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat dan tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.

Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.

Ads

 

Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini

Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI