Ayam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nangka Muda Lauk Paling Mantap Makan Dengan Nasi Putih
Apa kata cuba masak menu kampung yang tentunya menjadi pembuka selera seisi rumah. Gulai Nangka Muda Dan Ayam Masak Lemak Cili Api ini pasti sesuai untuk anda cuba. Masakan kampung macam inilah yang selaluya membuatkan kita makan bertambah-tambah. Ini resipi cara masak Gulai Nangka Muda Dan Ayam Masak Lemak Cili Api yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim
RESIPI GULAI NANGKA MUDA DAN AYAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN TUMBUK:
Cili api/padi – beli online
Kunyit hidup – beli online
Garam – beli online
BAHAN-BAHAN LAIN:
1/2 ekor ayam
1 mangkuk nangka direbus lembut
1 keping asam keping – beli online
1 helai daun kunyit
1 biji setengah santan kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan ayam dan bahan tumbuk bersama daun kunyit dan asam keping.Gaul sebati dan biar sampai air ayam kering.
2. Masukkan santan dan nangka muda. Masak sehingga tahap kepekatan kuah yang disukai.
3. Boleh masak sehingga agak pekat dan sehingga kuah timbul minyak. Hidangkan.
Sumber kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kukus Boleh, Bakar Pun Boleh, Puding Roti Dengan Sos Kastard
Cara Buat Kuah Lemak Lontong Yang Sedap, Barulah Tetamu Makan Bertambah-tambah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=3C0cZuN9XYk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI