
Resipi tidak menggunakan bahan rempah yang banyak. Sangat mudah dan cepat untuk dimasak.
AYAM MASAK MASALA
BAHAN-BAHAN:
- Ayam sebelah (potong kecil)
- 3 ulas bawang merah (kisar halus)
- 3 ulas bawang putih (kisar halus)
- 2 tangkai daun kari (buang tangkai)
- 1 biji tomato (potong 4)
- 2 sudu besar serbuk kari
- 2 sudu besar serbuk cili
- Sedikit kicap manis (untuk warna kelihatan gelap sedikit)
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cuci ayam bersih-bersih dan perap sekejap (dalam 10minit) bersama sedikit garam
- Selepas itu goreng sehingga masak.
- Tumiskan bawang merah & bawang putih yang dikisar.
- Tumis sehingga naik minyak baru masukkan serbuk cili & serbuk kari.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Serta masukkan sedikit kicap manis.
- Kacau hingga kuah menjadi pekat.
- Masukkan ayam yang sudah digoreng.
- Kemudian kacau sampai sebati.
- Akhir sekali masukkan daun kari & tomato.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: juenie kosmetik
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rahsia Resipi Ayam Goreng Krup Krap, Ikut Step By Step Ni.

Selalu mengeluh ayam goreng selalu tak rangup? Atau dah boring dengan ayam kunyit? Jangan mengeluh ada jalan penyelesaiannya. Semua orang suka ayam goreng kan? Lebih-lebih lagi yang rangup krup krap. Ikut rahsia yang di kongsikan oleh Wan Luqman ni.. resepi ayam goreng syurga yang ketiga.
RESIPI AYAM GORENG SYURGA KETIGA

LANGKAH DEMI LANGKAH:

- Ok ni ayam bahagian thigh, sedap sikit sebab bertulang. Nak seketul pun boleh, tp potong kecik2 lagi santek hasilnya

- Panaskan air + garam sehingga mendidih, lepas tu celur ayam tu. Proses ni utk dapat isi yang lembut, jadi tak perlu goreng ayam terlalu lama. Tapi kalau nak skit proses ni pun boleh

- Ni ayam selepas dicelur.

- Gunakan tepung bancuhan kfc atau tepung gandum untuk batterkan. Pecahkan sebiji telur (putih sahaja). Dalam kes ni, guna tepung seri mewah…bestari x cun

- Ayam yang telah dibatterkan

- Ini untuk salutan tepung kering
– tepung kfc
– tepung gandum
– tepung beras sikit
– baking powder

- Gaulkan ayam yang telah dibatterkan tadi

- Tips menggoreng, pastikan minayk betul2 panas (jangan buka api kuat untuk cepat panas. Biar hukum alam yg menentukan). Bila dah letak ayam, JANGAN GAUL balik…biarkan dia mengeras baru balik

- Bila sebahagian dah mengeras, baru balikkan ayam tu. Kalau boleh, deep fried (minyak banyak) supaya lebihan tepung akan jatuh kebawah. Jadi x ganggu ayam yang akan digoreng kemudian.

- Dah siap!
https://www.facebook.com/wan.luqman.374/videos/10211592116309559/
Kongsi resipi: Wan LuQman
CUBA JUGA RESIPI AYAM SEDAP NI:
Kesedapan Ayam Pop Krup Krap Ranggup Menarik Selera Seisi Keluarga. Boleh Buat Stok Frozen Di Rumah.
Ayam Masak Kurma Resipi Abah. Letak Bahan Rahsia, Patutlah Sedap, Pekat


Orang lelaki ni bila masuk dapur dan masak, haa memang terangkat la bila makan. Sedap tak terkata! Lagipun sekarang ini, sudah ramai lelaki yang mula masuk dapur menolong isteri kan.
Kali ini, jom kita resipi Ayam Masak Kurma resipi daripada Umi Watie. Katanya, kalau abah yang masak, sampai ke kuah habis licin. Rupanya ada bahan rahsia yang abah bubuh. Jom kita buat.
AYAM MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN:

½ ekor ayam
Bawang merah* – beli online di sini
Bawang putih* – beli online di sini
Halia* – beli online di sini
1 ½ paket rempah kurma – beli online di sini
Rempah 4 sekawan
Daun bawang | kisar
Daun ketumbar | kisar
Badam | kisar – beli online di sini
2 cawan air
Pes asam jawa (boleh juga guna asam keping) – beli online di sini
Kentang | dipotong kecil
Lobak merah | dipotong kecil – beli online di sini
¼ cawan santan pekat – beli online di sini
Cili hijau – beli online di sini
Tomato
Bawang besar – beli online di sini
CARA MEMASAK:

1.Kisar bahan yang bertanda *. Tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan di dalam kuali sampai wangi dan garing. Bubuh rempah kurma. Kacau-kacaukan supaya tak hangus.

2. Bila bahan tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan bahan rahsia iaitu daun bawang, daun ketumbar dan badam. Kacau lagi.


3. Bila semua bahan elok pecah minyak, masukkan ayam. Kacau-kacau. Bila air ayam dah sedikit kering, bolehlah masukkan air.

4. Sementara menunggu untuk kuah mendidih, Gaulkan semua bahan.
5. Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau rata. Bila kentang, lobak merah dan ayam dah elok masak dan empuk, bolehlah masukkan santan pekat. Biarkan kuah mereneh.


6. Masukkan cili hijau, tomato dan bawang besar. Kacau-kacaukan lagi. Jangan biar dia hangus. Perasakan dengan garam dan gula. Ikut selera masing-masing ya.

7. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Dah siap!
Kredit resipi & foto: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Puding Jagung Filipina, Dapat Seloyang Puas Nikmati Bersama Keluarga
20 Resipi Kukus & Rebus Istimewa Sempena Ulang Tahun RASA Ke 20
Oh Macam Ni Rupanya Nak Buat Karipap Pusing. Barulah Betul-Betul Jadi!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Rendang Itik Salai & Masak Lemak Cendawan Sisir Aunty Aini Juadah Untuk Berbuka.

Anda penggemar masakan Negeri Sembilan, pastinya menyukai masakan yang menggunakan cili padi seperti Gulai Lemak dan Rendang yang sebut saja pasti kecur air liur terbayang rasanya yang pedas sedap. Kalau anda ingin mencuba, ini bawakan dua menu istimewa masakan negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Sisir dan Rendang Itik Salai. Dua menu ini dikongsikan oleh Aunty Aini, pemilik Aini’s Garden Café serta pengacara Rasa Insta Famous dan Ketuhar Kuali.

MASAK LEMAK CILI CENDAWAN SISIR
BAHAN-BAHAN:
- 200gm cendawan sisir | cuci bersih & tos
- Sedikit pucuk ubi kayu
- 250ml santan pekat
- 50 ml air
- 50gm ikan bilis
- Garam secukup rasa
- 2 batang serai | titik
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Campurkan bahan kisar dengan santan dan air dalam periuk.
- Renehkan atas api sederhana, masukkan serai titik dan ikan bilis yang telah dikupas dan dicuci bersih.
- Setelah mereneh masukkan cendawan sisir, pucuk ubi, kacau rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Tutup api, dan sedia dihidangkan.

RENDANG ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor itik salai | potong kecil
- 2 biji kelapa | ambil santan pekat sahaja
- 3 sudu makan kerisik
- 3 keping asam gelugor
- 5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3cm lengkuas
- 4 batang serai
- 3cm kunyit
- 3cm halia
- 20 biji cili padi
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
BAHAN REMAH RATUS:
- 3 biji buah keras
- 1 sudu makan biji ketumbar
- 1 sudu teh Jintan putih
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
- Bahan rempah ratus digoreng sangai, kemudian kisar kering.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian tambahkan dengan rempah ratus yang dikisar, kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan itu, gaul rata dan hingga itik kecut.
- Masukkan santan, asam gelugor dan campur sedikit air. Tutup kuali.
- Biarkan mereneh atas api sederhana hingga itik empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila kuah pekat masukkan kerisik, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Tutup api dan rendang itik sedia dihidangkan.

