Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Sedap & Berkuah,  Ini Rahsianya.

Share

Datin Furyna usahanita jelita dan kecil molek ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan Syarikat  AuraWhite Global Sdn Bhd masih sempat berkongsi resipi Ayam Masak Merah yang dikatakan lain dari kebanyakan menu ayam masak merah yang ada. Nak tahu apa rahsianya, ini resipinya. Tak cukup satu Datin turut share satu lagi menu kegemarannya iaitu Sambal Paru.

AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong sederhana
  • 100gm buah badam | kisar
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 biji cli merah | hiris serong
  • 2 sudu makan puri tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 2 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga 3/4 masak.Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  3. Tambah puri tomato dan sos cili, kacau rata.
  4. Tambah ayam tadi dan gaul rata, kemudian tambah air asam jawa dan santan.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
  7. Sedia dihidangkan.

SAMBAL PARU

BAHAN-BAHAN::

  • 500gm paru | rebus dan hiris nipis
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang Holland | hiris bulat
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang serai

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  5. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
  6. Gaul rata kemudian tutup api.
  7. Sambal paru sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Norasida Myasin