Ayam Masak Merah Hidangan Kegemaran Keluarga. Makan Dengan Nasi Tomato & Jelatah, Complete!

Share

Ayam masak merah ni sememangnya hidangan kegemaran seisi keluarga. Makan dengan nasi putih atau nak special sikit buat Nasi Tomato dan jelatah, complete lah hidangan makan malam atau siang anda sekeluarga.

Bagi yang suka pedas, boleh tambah cili padi dalam masakan. Makan macam ni memang boleh buat suami dan anak-anak makan bertambah.

Tak perlu tunggu hari minggu atau majlis istimewa untuk memasak ayam masak merah, hari biasa pun boleh kerana ia mudah dan senang untuk dimasak.

AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 4 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 1 biji bawang besar – dimayang bulat
  • 1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
  • 1 batang serai – dititik

BAHAN TUMBUK:

  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • (bahan menumis kalau lagi banyak, lagi sedap)

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.

3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Hazwani Ishan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin