Ayam masak merah antara lauk kegemaran ramai, sebab itu dalam kenduri kendara lauk ini pasti dihidangkan.

Cuma cara memasaknya mungkin berbeza mengikut tukang masak. Kali ini kami kongsi resipi dari tukang masak atau pengusaha katering dari sebuah daerah di Perlis yang dikenali ramai satu ketika dulu.

Meski orangnya sudah tiada tapi keenakan ayam merah air tangannya masih disebut dan diingati hingga sekarang.

Mujurnya si anak sempat mempelajarinya dan berkongsi resipi tersebut untuk kita turut merasai kesedapannya.

Ads

Ayam masak merah resipi tukang masak lama

Ayam Masak Merah Resipi Tukang Masak Lama, Sedap Sampai Orang Teringat-Ingat

Bahan-bahan

2 ekor ayam -dipotong dan dibersihkan
2 senduk cili boh/giling
1/2 tin susu cair
2 sudu makan serbuk cili
1/2 tin panjang tomato puri
2 helai daun pandan
2 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
6 sudu besar gula
1 sudu garam
2 sudu besar serbuk Cukup Rasa/Kiub Pati Ayam
1/2 cawan cili sos

Bahan kisar

2 batang serai
3 inci halia
1 Labu bawang Holland
7 ulas bawang putih

Cara buat ayam masak merah

1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak. Ketepikan.

2. Menggunakan minyak yang sama tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.

3. Kemudian masukkan separuh bahan kisar terlebih dahul.Tumis hingga garing kemudian masukkan cili serbuk dan cili boh. Masak hingga pecah minyak.

4. Seterusnya masukkan lebihan bahan kisar dan biar mendidih. Masukkan gula, tomato puri dan susu cair. Tambah juga dua gelas. Biar mendidih dan pecah minyak.

Ads

5. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng. Gaul rata dan biar mendidih hingga pecah minyak.

6. Masukkan cili sos dan garam. Seimbangkan rasa manis dan masin.

7. Akhir sekali boleh tabur bawang besar yang dipotong dan kacang peas jika suka. Siap.

Warna ayam masak merah ini bergantung kepada warna merah cili dan tomato puri. Hidangkan Bersama nasi tomato, acar jelatah dan dalca.

Ads

Ayam Masak Merah Resipi Tukang Masak Lama, Sedap Sampai Orang Teringat-Ingat

Sumber: Yoi

Baca Lagi: Cara Buat Ayam Masak Merah Banyak Kuah, Rasa Lain Dari Yang Lain

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI