Senang sangat nak buat menu ini. Kurang minyak, tanpa gula. Perlu sedikit garam dan beberapa bahan saja. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Rasa dan bauan oren tu buat ketagih je nak tambah nasi.
AYAM MASAK OREN CHINESE STYLE
Bahan-bahan:
6 ketul ayam
1 biji bawang holland – dipotong dadu-BELI ONLINE DI SINI
2 ulas bawang putih – dicincang-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil lada sulah-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu makan sunquick perisa oren
1 sudu makan sos cili-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu makan kicap manis
1 sudu sos ikan
Sedikit tepung jagung
Cara memasak:
1) Perap ayam bersama oren sunquick, garam dan lada sulah. Gaul ayam tadi bersama tepung jagung dan goreng hingga keemasan. Kemudiaan angkat dan ketepikan
3) Masukkan sunquick, sos cili, sos tiram, sos ikan sehingga sebati
4) Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sehingga kuah melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidang
Kredit: Maryam Hussain