Mungkin ada yang sudah berada di kampung halaman ketika ini, jadi kita hidangkan keluarga dengan menu istimewa. Ayam Masak Santan Berlado ini selain dimakan dengan nasi boleh dicicah dengan ketupat atau lemang. Yang membezakan dengan rendang biasa tu, penggunaan cabai sahaja dan tambahan bahan-bahan lain untuk penyedap rasa. Boleh cuba buat ikut resipi yang dikongsi Fairuz Abu Hassan
BAHAN-BAHAN: Ayam yang telah siap digoreng 3 biji cabai besar (kisar) 6 biji bawang merah ( kisar) 1 ulas bawang putih ( kisar) 1 biji tomato (kisar) Sedikit lada hitam (kisar) 1 batang serai (diketuk) 3 biji bawang merah (dihiris) 2 ulas bawang putih (dihiris) ½ kotak santan kotak dalam 2 sudu serbuk kari
CARA MEMASAK:
Ads
1.Guna minyak goreng ayam tadi, tumis serai dulu biar sedikit garing,masukkan bawang yang dihiris.Masak sampai garing. 2.Masukkan bahan yang dikisar tadi. 3.Masak sebentar sampai mendidih.
4.Masukkan serbuk kari,garam dan gula.
5.Masukkan santan,biar sekejap bahan-bahan tu mesra.
Ads
6.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi,masak sampai pecah minyak.
Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera. Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan.
Sebagai perkongsian bersama, jom kita cuba empat resipi berasaskan sambal yang sekali makan, memang boleh menghabiskan dua pinggan nasi!
SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gm ikan bilis | kopek 3 papan petai muda| kikis kulit ari & potong dengan kulit-kulit 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan air asam Jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya (untuk menggoreng & menumis)
1. Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
3. Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa. Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah minyak. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan | kopek 6 biji jering tua | hiris nipis 1 biji bawang besar | hiris 6 ulas bawang merah | kisar kasar 2 ulas bawang putih | kisar 1 sudu makan air asam Jawa 5 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan toskan. 2. Seterusnya goreng jering juga separuh masak, angkat dan tos. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar bersama bawang besar hingga layu. Masukkan pula pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam Jawa, kacau seketika masukkan pula ikan bilis dan jering goreng tadi. 5. Kecilkan api, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah garing dan cukup rasa, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
IKAN MASIN SEPAT SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan masin | potong atau tiga setiap ekor ikan 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam Jawa 1 biji bawang besar | hiris 5 ulas bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih | kisar 3 biji cili merah | kisar Garam & gula secukup rasa Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
1. Cuci ikan masin kemudian toskan. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin (guna api sederhana) hingga garing, kemudian angkat dan tos. 2. Keluarkan minyak tinggal sedikit. Tumiskan bawang besar bersama bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan pula pes cili kering bersama air asam Jawa. Terus kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan gula dan sedikit garam. 4. Setelah cukup rasa, masukkan ikan masin dan kecilkan api. Kacau rata dan tutup api. Ikan masin sambal sedia dihidangkan.
IKAN TALAPIA SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia | siang, cuci bersih & tos ½ biji bawang besar | hiris 1 sudu makan air asam jawa Garam & gula secukup rasa Minyak masak (secukupnya untuk menggoreng & menumis)
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 15 biji cili padi 1 batang serai
1. Gaulkan ikan yang telah dicuci bersih tadi dengan garam dan serbuk kunyit. 2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar. 4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa dan timbul minyak, masukkan ikan goreng. 5. Tutup api dan gaul rata, kemudian ikan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Pisang Goreng Salut Gula adalah sajian tradisi yang diwarisi dari orang-orang lama. Menu mereka kebanyakannya sangat ringkas sahaja namun sangat enak dan membuka selera. Saudari Cahaya Ayneeada kongsikan resipi Pisang Goreng yang diwarisi dari ibunya. Mudah sahaja cara membuatnya. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dinikmati pada bila-bila masa.
CARA MASAK PISANG GORENG SALUT GULA RESIPI IBUNDA
BAHAN-BAHAN: Pisang – empunya resipi guna pisang kelat Air garam Minyak untuk menggoreng Gula
CARA MEMASAK:
1.Pisang dibelah dua. Rendamkan seketika dalam air garam. Tujuannya adalah untuk menambahkan rasa lemak pada pisang goreng. Rendam sekejap sahaja anggaran 3-5 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan hirisan pisang tadi.
3. Masak dan biarkan hingga pisang menjadi garing.
4. Apabila pisang sudah bertukar warna, angkat, toskan minyaknya dan bolehlah dihidangkan di dalam pinggan.
5. Taburkan gula dengan secukupnya.
6. Pisang Goreng sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas-panas.
Bila sebut mengenai petai, selain dibuat ulam ia juga sesuai dicampur dalam pelbagai jenis masakan terutamanya menu bersambal. Lauk paling mudah yang anda boleh sediakan ialah Sambal Udang Petai Cili Padi ni. Sangat senang dan memang cepat masak. Selamat mencuba!
SAMBAL UDANG PETAI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
20 tangkai cili padi merah & hijau – dikisar
4 biji bawang merah saiz besar – dikisar
3 papan petai – dibuang kulit dan dibelah dua
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan airnya.
Panaskan minyak dan goreng petai hingga sedikit layu. Angkat.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili padi dan bawang yang dikisar hingga garing dan masak.
Perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata dan biar hingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gaul hingga sebati. Biar udang hingga 1/2 masak.
Seterusnya masukkan petai yang dah digoreng tadi. Gaul hingga rata sekali lagi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!