Mengeluh sibuk tak sempat masak tapi nak makan sedap. Ok, ini idea bagus RASA nak kongsikan untuk selesaikan masalah. Kebetulan hujung minggu ni cuti panjang, jom kita berkarya di dapur dengan memasak pelbagai lauk pauk. Bukan nak kenduri ye, tapi kita pek dan frozenkan untuk lauk pauk seminggu.
Bila ada stok lauk pauk frozen, takdalah anda tergocoh-gocoh nak ke dapur di hari-hari bekerja. Balik dari kerja nanti anda hanya perlu masak nasi dan sayur je. Lauk sudah ada, Cuma panaskan lauk saja. Berikut empat menu lauk pauk berempah mudah dan sedap yang sesuai difrozenkan:-
AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji kentang | belah empat
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan rempah kari
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu gaulkan ayam bersama garam dan kunyit.
Goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Diikuti pula dengan menggoreng kentang. Angkat dan ketepikan.
Seterus, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, diikuti dengan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau seketika baru masukkan ayam.
Tambahkan dengan kicap pekat manis, sos tiram air dan perasa secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang.
Kecilkan api kacau rata seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
KARI DAGING CAMPUR TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong kecil, cuci dan tos
1kg tulang
1 liter santan
3 biji kentang | belah empat
1/2 cawan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari |lurutkan dari tangkai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia
BAHAN KISAR:
1 biji bawang bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2sm halia
2sm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika masukkan pula rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air.
Terus kacau hingga bahan tumisan pecah minyak.
Masukkan daging dan tulang, kacau hingga air daging keluar dan daging empuk.
Apabila air kering masukkan air asam Jawa dan diikuti santan serta kentang.
Biarkan mereneh lebih kurang 8-10 minit di atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila timbul minyak. Tutup api.
Kari sedia dihidangkan.
SUP TULANG CAMPUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 1/2kg daging campur tulang | rebus sampai empuk
2 biji kentang | belah empat
1/2 batang lobak merah | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak | untuk menumis
Sedikit hirisan daun bawang dan sup
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumikan rempah penumis hingga naik bau.
Masukkan bahan hirisan, kacau hingga bertukar warna kekuningan.
Seterusnya masukkan rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak dan masukkan daging dan tulang yang telah direbus tadi, bersama airnya sekali.
Tambahkan air secukupnya dan masukkan asam gelugor, kentang dan lobak merah.
Kemudian perasakan dengan garam, gula, lada sulah secukupnya.
Biarkan mereneh lebih kurang 10 minit atas api sederhana.
Tutup api dan masukkan hirisan tomato.
Sebelum hidangkan taburkan hirisan daun bawang dan sup.
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis atau potong dadu
1kg santan
4 sudu makan kerisik
4 sudu makan pes cili kering
2 helai daun kunyit | mayang halus
3 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging, kacau rata sehingga daging kecut dan airnya kering.
Masukkan santan, asam keeping dan serai yang telah dititik
Terus renehkan daging atas api sederhana sehingga kuah pekat.
Apabila pekat tambahkan kerisik, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah kering, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
Ayam panggang memang best. Jika makan di kedai, harganya boleh tahan mahalnya juga. Oleh itu bagi anda yang ada anak ramai, masak sendiri pastinya pilihan yang bijak! Menerusi perkongsian saudari Sue CT, beliau tunjukkan cara-cara membuat ayam panggang ala restoran makanan terkenal, hanya dengan kos kurang dari RM50. Sesuai sangat untuk makan malam keluarga. Jom cuba!
AYAM PANGGANG POWER
BAHAN-BAHAN:
Ayam secukupnya ( boleh guna whole leg)
Bawang putih – tumbuk. Jumlah agak-agak sesuai dengan kuantiti ayam
4-5 sudu makan serbuk paprika
Sos tomato secukupnya
Sos cili secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN:
Cendawan butang – dihiris
Lada benggala merah & hijau secukupnya
Bawang holland – dihiris
Sos Nandos atau apa-apa sos kegemaran
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos, satukan bahan-bahan diatas ( kecuali ayam) dalam periuk dan masak hingga mendidih. Sejukkan.
2. Ambil ayam dan lumurkan dengan bahan masak tadi. Simpan dalam peti sejuk. Sebaiknya, perap lebih lama untuk rasa lebih sedap. ( kalau nak makan esok, malam ni boleh perap. Jika nak makan malam, boleh perap waktu pagi.)
3. Ambil dulang pembakar dan lapikkan dengan aluminium foil. Susun ayam didalamnya. Simpan lebihan bahan perapan ayam.
4. Bakar ayam pada suhu 180C menggunakan api atas bawah. Suhu dan masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar yang digunakan.
5. Setelah dibakar selama 1/2 jam, terbalikkan ayam dan tuang lebihan sos perapan tadi.
6. Taburkan juga hirisan cendawan, lada benggala dan juga bawang. Bakar lagi selama 1/2 jam atau sehingga ayam masak sempurna.
Sesekali tukar menu selalu Sotong Butter Telur Masin, apa kata kali ni tukar menu Ayam pulak. Cara masak yang sama tapi rasanya lebih enak dan berlemak. Jom cuba resipi Ciknie mana tau sedap terlajak!
AYAM BUTTER TELUR MASIN
BAHAN BAHAN:
5 ketul ayam – potong kecil
5 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
5 biji telur masin – rebus dan hancurkan yg kuning sahaja
Setengah senduk butter
4 ulas bawang putih- cincang
2 tangkai daun kari
6 @ 7 biji cili padi – hiris
Sedikit susu sejat kalau tak ada boleh aje bubuh air.
CARA-CARA:
Perap ayam kejap dgn tepung jagung dan garam. Goreng dan ketepikan
Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
Lepas tu masukkan kuning telur masin yang dah dihancurkan. Gaul rata
Bila dah start berbuih tu masukkan sikit air, perasa, sedikit gula. Dah boleh masukkan ayam dan gaul rata. Siapppp!
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.