Masakan apapun kalau menggunakan serai memang sedap. Aromanya yang memenuhi dapur memang terbayang dah kesedapannya. Resipi ayam masak serai kali ini cukup membuat kita terliur melihat rupa hidangannya.
Jom kta tengok resipi perkongsian Khadijah Jaafar, pengasas Meester Muruku. Taklah rumit sangat membuatnya. Ayam tu kena digoreng dahulu tapi usah sampai garing sebab nanti nak masak lagi dalam sajian dibuat.
AYAM MASAK SERAI
BAHAN-BAHAN :
Bahan Kisar
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi (usah lama sangat, biar setengah masak atau 3/4 masak.)
3. Ambil periuk atau kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
4. Biar naik bau, kemudian masukkan cili kisar tunggu hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan serai yang dititik, diikuti dengan air asam jawa.
6. Masukkan ayam goreng dan kacau rata, perasakan dengan garam dan gula
7. Taburkan dengan hirisan lada benggala. Sajian siap dihidang
Kredit foto & resipi : FB Khadijah Jaafar
#resepiciktie
ANDA MUNGKIN HENDAK MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MENGGORENG AYAM, JOM LAYARINYA DI SINI. BANYAK TAWARAN DAN PILIHAN MENARIK .
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :