Uncategorized

Ayam Masak Sos Tiram Simple Tapi Sedap

Share

Ayam masak sos tiram. Tengok bahan pun tak banyak sangat. Tapi, terus terang, rasanya sangat sedap. Anak-anak pun mesti suka.

Jom try resipi daripada puan Ameera ini. 

Resipi Ayam Masak Sos Tiram

Bahan-bahan:

½ ekor ayam –  potong kecil-kecil. Cuci bersih.

1 labu bawang merah besar – hiris (boleh guna bawang merah kecil kalau suka)

5 biji bawang putih – hiris – boleh beli online di sini

1 inci halia – hiris – boleh beli online di sini

5 biji cili padi – potong serong

1/2 batang lobak merah – hiris serong boleh beli online di sini

1 sudu makan serbuk kunyit 

2 sudu makan sos tiram

Sedikit serbuk perasa

Garam secukupnya

Minyak masak

Cara Memasak Ayam Masak Sos Tiram:

Cuci ayam bersih, Masukkan ke dalam satu mangkuk. Satukan ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Gaul sebati.

Masukkan pula sos tiram. Gaul rata. Panaskan minyak dan goreng ayam. Gunakan api sederhana ye. Jangan kuat. Sebab letak sos tiram takut dia hitam di luar di dalam mentah. Api sederhana sahaja. 

Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga terbit wangi dan layu. Kemudian masukkan hirisan lobak merah. Gaul sebati.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Masukkan hirisan cili padi. Nak lebih pedas, masukkan lebih cili padi. 

Tambah sedikit serbuk perasa (pilihan). Gaul sekata. Jangan letak air. Masak ni kering-kering je ye. Biarkan seketika. Tutup api. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa