Ayam masak taucu pedas, mudah nak disediakan dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew versi halal dan sihat.
AYAM MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland-dicincang
- 1 labu bawang putih-dicincang
- 6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
- 1 sudu besar taucu
- 1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- 1 batang daun bawang-dihiris
CARA MEMASAK:
- Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ie dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
- Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
- 1 batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
- Siap boleh hidangkan.
INFO:
- Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official