Lauk yang satu ni kalau korang buat memang akan repeat makan. Rasa masam dan pedas yang seimbang memang tak jemu makan. Korang kena try sebab sedap ya amat!!!
Ayam Masak Thailand
Bahan-bahan:
Ayam
Cili merah
Bawang putih
ibu kunyit
serai
daun limau purut
Sos tiram
Sos ikan
Cara memasak:
1.Mula mula goreng la ayam yang digaul dengan garam dan sebuk kunyit.Kena pakai kuali legend gini baru nampak rajin masak.
Goreng sedang-sedang je. Jangan sampai jadi ayam goreng rangup pulak. Tak jadi resepi ni.
2.Sambil goreng ayam tu blend la cili merah ,bawang putih dan ibu kunyit .Pastu boleh la potong bawang dan selongkar peti sejuk cari serai dan daun
limau purut.
IKLAN
3.Ayam tadi ingat tak? Angkat la bila dah masak. Minyak jangan buang. Ni buat tumis bawang dengan serai pulak.
4.Kemudian tuang la hasil blend tadi. Ambil blender kocak2 air sikit dan tuang la sekali. Jangan membazir.
5.Goreng la kacau-kacau sampai naik minyak.
IKLAN
6.Ayam tadi jangan dihidang, Masukkan dalam kuali lepas naik minyak
7.Gaul2 bagi semua ayam bersalut.
IKLAN
8.Daun limau jangan lupa masukkan ya. Sedap baunya.
9.Masukkan sos tiram sikit
10.Dah nama ayam thai , kena letak sos ikan ye.Pastu rasa la cukup tak rasanya. Ejas-ejas la ye. Saya dah x letak garam sebab awal2 tadi dah gaul ayam dengan garam.
Credit : Nik Hazifah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sotong di kedai mamak memang selalu membuka selera. Kalau makan tu boleh teringat-ingat. Nak cuba macam mana masak kari sotong style mamak? Jom RASA kongsikan resipinya.
SOTONG MASAK KARI MAMAK
Bahan Hiris
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba
Bahan:
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba hingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dari sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dalam 4 minit. Tutup api.
Buat mereka yang bekerja, tentu nak masak yang ringkas dan cepat disediakan. Bosan juga asyik membeli tambah pula 2023 ni nak jimat berbelanja dengan masak sendiri. Bukan hanya puas makan malah memenuhi cita rasa.
Jom cuba resepi mudah menggunakan perencah nasi goreng. Ayam bakar diperap dengan perencah ini serta madu rasanya memang sedap.Lagi banyak perencah digunakan, lagi sedap. Boleh perap awal dua atau tiga hari, bila nak makan tinggal bakar saja.Boleh ikut resepi yang dikongsi oleh Liyaw Ah Seng.
AYAM BAKAR GUNA PERENCAH NASI GORENG
Bahan-bahan:
Ayam
Perencah nasi goreng
Cara membuat:
1.Cuci bersih ayam dan potong mengikut saiz yang disukai.
2.Perap ayam dengan perencah nasi goreng. Lagi banyak lagi sedap.
Selera orang Melayu, memang dekat sungguh dengan petai. Selain dibuat ulam, petai selalunya dicampur dalam sambal. Itulah sebenarnya rahsia yang menjadikan sambal lebih sedap. Walaupun berbau, tapi rasa petai yang sukar nak digambarkan itu boleh meningkatkan selera makan. Petai pun bukan main harganya sekarang ni kan?
SAMBAL SOTONG PETAI
Bahan-bahan
300 gram sotong (dibersihkan dan hiris bulat)
150 gram isi petai
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
6 tangkai cili kering (dikisar halus)
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan petai dan hirisan bawang besar, kacau lagi.
3. Kemudian masukkan sotong, air asam jawa, sos cili dan sos tiram.
4. Biarkan mereneh lebih kurang tiga minit.
5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan
SAMBAL GORENG PETAI BILIS
Bahan-bahan
100 gm ikan bilis
2 papan petai (kikis kulit dan hiris)
5 tangkai cili merah (kisar)
5 tangkai cili padi (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (hiris bulat)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara membuat
1) Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2) Goreng petai seketika. Angkat dan ketepikan.
3) Keluarkan minyak masak tapi tinggalkan sedikit untuk menumis.
4) Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air asam, garam, gula dan perasa secukupnya.
5) Kecilkan api, biarkan tumisan garing.
6) Akhir sekali masukkan ikan bilis dan petai goreng, gaul rata dan tutup api.
SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS
Bahan-bahan
4 genggam ikan bilis (dibersihkan)
2 batang serai (dititik)
4 papan petai masak (dikupas dan belah dua)
1 helai daun kunyit (diracik halus)
1 senduk tempoyak
1 sudu makan gula
Sedikit minyak masak
2 helai daun kesum (diracik)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
8 tangkai cili kering
10 biji cili padi
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit)
Cara membuat
1) Goreng seketika ikan bilis. Angkat dan toskan minyak masak.
2) Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, tumis semua bahan kisar dan serai sehingga wangi dan garing.
3) Masukkan tempoyak diikuti hirisan daun kunyit dan daun kesum.
4) Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati sehingga naik bau.
5) Masukkan petai dan masak seketika. Padamkan api dan masukkan ikan bilis. Gaul rata.
6) Sedia untuk dihidangkan.
SAMBAL UDANG PETAI
Bahan-bahan
400 gram udang kuning
1 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 senduk kecil cili kisar (ikut selera pedas masing-masing)
½ cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Panaskan minyak masak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2) Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar bersama cili kisar. Biarkan sehingga cili benar-benar masak dengan api perlahan.
3) Masukkan gula dan kacau rata sebelum memasukkan petai, air asam jawa dan garam.
4) Akhir sekali masukkan udang dan sedikit bawang merah yang telah dipotong bulat sehingga layu. Tutup api dan sedia dihidang.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...