Ayam Masak Ungkep, Juadah Sedap Untuk Buka Puasa

Share

 

Sebenarnya ungkep ni antara lauk paling femes dalam masyarakat Jawa. Selain untuk berbuka puasa, ungkep juga dimasak untuk dimakan pada hari raya. Kalau time raya atau ada majlis keramaian, hidangan ungkep selalu dihidangkan. Macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.

 

AYAM MASAK UNGKEP

BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping

BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

CARA MEMBUAT

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih,tak perlu masak sampai kering.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas