Salah satu resipi masyarakat Jawa yang popular adalah ungkep. Kalau time raya atau ada majlis keramaian, hidangan ungkep selalu dihidangkan. Macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.

Ads

 

AYAM MASAK UNGKEP

Ayam Masak Ungkep, Resipi Jawa Yang Sangat Sedap

BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping

Ads

BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

CARA MEMBUAT

Ads

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih,tak perlu masak sampai kering.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI