Ada yang gemar makan ayam bila digoreng dan ada yang suka berkuah.Tidaklah kering sangat. Masak ayam ni boleh dipelbagaikan. Ada yang suka cara melayu, boleh buat ayam masak tomato. Kalau suka cara India, ayam vanggey pun tak kurang sedapnya. Masak ayam cara thai seperti ayam masam manis ala Thai ni pun enak. Korang gerenti makan bertambah nanti.
AYAM MASAM MANIS ALA THAI
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam(gaul sedikit garam kunyit dan goreng.Jangan goreng terlalu garing)
Bahan kisar:(jangan kisar sampai halus yer)
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
10-15 biji cili padi(tak suka pedas boleh kurangkan)
2 batang serai(hiris 2) (kisar semua bahan ini jangan terlalu halus)
5-6 biji cili padi(hiris membulat)tak letak pun boleh
1 biji bawang besar(hiris membulat) Sedikit daun ketumbar(saya letak daun sup sebab tak ada stok)
Cara memasak:
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar, 2.Masukkan gula,sedikit garam(jangan banyak)dan bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan agak garing. 3.Masukkan sos cili,sos ikan dan daun limau purut. 4.Masukkan ayam dan air. Gaul rata. 5.Bila dah mendidih dan kuah pekat,masukkan bawang besar dan cili potong. 6.Gaul rata,sesuaikan rasa. 7.Tabur daun ketumbar dan tutup api.
8.Siap untuk dihidang
Kredit : Mariana Zainal
Ads
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Lauk ayam masak merah yang sangat popular dan senang untuk di masak. Selalunya lauk ini akan di makan bersama dengan nasi tomato dan sayur jelantah. Tetapi ia sudah cukup menyelerakan bila makan bersama nasi putih sahaja. RASA kongsikan 5 resipi Ayam Masak Merah ikut kesesuaian kamu. Selamat mencuba.
1. AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN A:
Ayam – dipotong
1 batang serai – kisar
1 hiris halia – kisar
1 ulas bawang putih – kisar
3/4 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh perencah Hilal
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
BAHAN B ( KISAR):
1 biji bawang merah – saiz bola pingpong
1/2 biji bawang holland
1 ulas bawang putih
BAHAN C:
2 biji cili merah – kisar
1 1/2 sudip cili kisar
3/4 sudu makan gula melaka hancur
1 1/2 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa
Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
1/4 cawan air
3/4 sudip sos cili
BAHAN D:
1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika
CARA MEMASAK:
Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)
Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili merah kisar.
Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.
Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.
Masukkan sos cili. Kacau rata.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.
Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.
Siap untuk dihidangkan.
KREDIT RESIPI: Afy Al Habibi
2. AYAM MASAK MERAH HUSNA
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 biji bawang besar – dimayang bulat
1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai – dititik
BAHAN TUMBUK:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(bahan menumis kalau lagi banyak, lagi sedap)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Hazwani Ishan
3. AYAM MASAK MERAH KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
5 ketul kepak ayam saiz besar, kerat 2 setiap 1, cuci dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*(*gaul rata dan perap 15 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 genggam kacang tanah saiz besar, dibuang kulit dan goreng 40 saat, angkat dan toskan
3 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh tomato puree
1 camca besar penuh sos cili
2 batang serai, diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
CARA MEMASAK:
Goreng ayam hingga masak, tak perlu sampai garing, biar lembap2 saja. Cedok keluar minyak gorengan dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan saja.
Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi.
Tambah cili kisar, sos cili dan tomato puree, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
Masukkan kacang tanah goreng dan ayam, gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan gula (selalunya masak merah manis sedikit). Kacau rata.
Masak hingga pekat. Masukkan bawang besar dan gaul rata. Masak sekejap lagi, sesuaikan rasa dan bila bawang layu, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Tiffinbiru.com
4. AYAM MASAK MERAH WAN CHU
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – lumur garam kunyit
1/2 mangkuk kecil cili kisar – 25 tangkai cili kering
1/2 mangkuk kecil cili sos Jenama kimball – guna 1/2 botol kecil
2 – 2 1/2 sudu besar gula atau secukup rasa
1 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak – untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ibu jari halia
BAHAN LAIN SAMPINGAN:
1 labu bawang besar hiris bulat
1 tin kecil kacang peas
Sedikit susu cair – saya letak 1-2 sudu besar
1 biji buah tomato – belah 4
Daun sup/daun bawang – tabur
CARA MEMASAK:
Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.
Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris
Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan masak seketika.
Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak serta berwarna cantik. Siap dan bolehlah ditutup api.
TIP: Jika menggunakan bahan bahan lain, masukkan susu cair, kacang peas dan juga bawang besar hiris selepas dimasukkan ayam goreng. Tabur daun sup atau daun bawang, jika suka sebelum dihidangkan.
KREDIT RESIPI: Azie Kitchen
5. AYAM MASAK MERAH SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
1 biji kentang (potong 6)
1 biji bawang besar (potong 4 untuk diblend)
2 ulas bawang putih (untuk diblend)
1 biji bawang besar (hiris)
1 mangkuk kecil air
10-15 tangkai cili kering (rebus & blend)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar minyak masak
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
1 helai daun limau (hiris halus)
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering (yang dah direbus) ke dalam blender. Tambah sedikit air. Kisar sampai hancur dan halus
Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Agak-agak je kuantiti minyak. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit
Tumiskan bahan yang dah dikisar tadi.
Masukkan air asam jawa, sos cili, 1 mangkuk kecil air, garam dan gula
Biarkan tumisan tu sekejap. Kemudian masukkan kentang dan biarkan tumisan seketika sampai macam nak kering sikit.
Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air jika perlu sekiranya tumisan hampir kering.
Masukkan hirisan bawang besar ke dalam kuali
Tunggu sehingga sambal pecah minyak dan ayam masak dengan sempurna.
Angkat ayam sambal tu ke dalam mangkuk kemudian taburkan sedikit hirisan daun limau untuk bagi bau harum pada masakan.
Untuk masakan yang lengkap kena ada serai & tomato.
Majalah RASA tertarik dengan satu resipi yang dikongsi oleh Pengasas merangkap CEO di Adtejari Corporation Sdn Bhd, Ridzwan Hamid. Sebagai anak jati Negeri Sembilan dari Tampin ini, beliau berkongsi resipi ayam masak lemak cili padi mengikut resipi ibunya, Puan Saedah Sheikh Abdullah.
"Beza antara masak lemak cili padi original Negeri Sembilan dengan masakan negeri lain adalah cara kami masak tak tumis. Maksudnya masak lemak cili padi kami tak guna setitik minyak masak pun," katanya.
Jom intai resipi ayam masak lemak cili padi gaya CEO ini.
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang merah
Kunyit sebesar ibu jari
15 tangkai cili api (bergantung tahap pedas yang dimahukan) (BELI DI SINI)
1/2 ekor Ayam
2 batang serai (dititik/ketuk)
2 biji kentang (dipotong 4)
1 biji kelapa (diambil santannya)
2 keping asam keping
Garam kasar secukup rasa (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Potong kecil bawang merah dan kunyit supaya senang dikisar.
2. Kisar bawang merah, kunyit dan cili api bersama segelas air. (BELI PENGISAR DI SINI)
3. Masukkan ayam, serai dan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk.
4. Renehkan sehingga ayam separuh masak dan air kisaran tadi hampir kering.
5. Tambah sedikit air dan masukkan kentang. Biarkan sebentar sehingga kentang empuk.
6. Masukkan santan, asam keping dan garam kasar.
7. Kacau dalam 15 minit sehingga santan sebati dengan ayam. Sedia untuk dihidangkan.
Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
SUP AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.