Untitled design - 2020-11-20T212851.107

Ayam kalau digoreng begitu sahaja pun sedap juga. Tapi lebih sedap kalau berkuah. Tidaklah kering sangat. Masak ayam nib oleh dipelbagaikan. Ada yang suka cara melayu , boleh buah ayam masak tomato. Kalau suka cara India, ayam vanggey pun tak kurang sedapnya. Masak ayam cara thai seperti ayam masam manis ala Thai ni pun ramai menyukainya. Korang gerenti makan tak cukup satu.

AYAM MASAM MANIS ALA THAI

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam(gaul sedikit garam kunyit dan goreng.Jangan goreng terlalu garing)

Bahan kisar(jangan kisar sampai halus yer)
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
10-15 biji cili padi(tak suka pedas boleh kurangkan)
2 batang serai(hiris 2)
(kisar semua bahan ini jangan terlalu halus)

Bahan lain
3 sudu besar sos cili-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
3-4 helai daun limau purut(carik-carik)
1 1/2 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
1 cawan air untuk kuah
2 senduk minyak untuk menumis
5-6 biji cili padi(hiris membulat)tak letak pun boleh
1 biji bawang besar(hiris membulat)
Sedikit daun ketumbar(saya letak daun sup sebab tak ada stok)

IKLAN

Cara memasak:
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar,
2.Masukkan gula,sedikit garam(jangan banyak)dan bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan agak garing.
3.Masukkan sos cili,sos ikan dan daun limau purut.
4.Masukkan ayam dan air. Gaul rata.
5.Bila dah mendidih dan kuah pekat,masukkan bawang besar dan cili potong.
6.Gaul rata,sesuaikan rasa.
7.Tabur daun ketumbar dan tutup api.

Siap untuk dihidang

IKLAN

Kredit : Mariana Zainal

INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN

Resipi Chicken Grill Yang Lembut & ‘Juicy’

Resipi Pulut Dakap Sedap & Rendang Ayam Padu. Kalau Teringin, Boleh Cuba.

Resipi Ayam Goreng Berempah, Takkan Pernah Jemu Dimakan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI