Lauk paling sempoi serta masam dan manis sesuai dengan selera satu keluarga. Sangat mudah ayam digoreng garing, tumis bahan-bahan dihiris, kacau sebati dengan sos cili dan sos tiram.

Memang tak jemu makan, sajian tanpa santan yang cukup sedap .

AYAM MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • Seekor ayam 
  • 3 ulas bawang merah sebesar penumbuk bayi
  • 1 labu bawang putih (kalau tidak suka letak sedikit sahaja)
  • 2 inci halia (letak seinci pun boleh mengikut selera)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Secawan sos cili (agak-agak ikut citarasa anda)
  • Cili besar dan bawang Holland untuk hiasan
  • Secawan air
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dengan garam kunyit selama 15-30 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang semuanya dimayang sahaja dalam minyak gorengan ayam.

4. Setelah naik bau boleh masukkan sos tiram dan Sos cili. Diikuti dengan secawan air.

IKLAN

5. Gaul sebati tunggu sampai menggelegak.

6. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7. Dengan api sederhana, sesekali kacau ayam supaya tidak hangit bahagian bawah.

8. Bila kuah sudah kering, masukkan garam dan gaul rata. Kemudian masukkan cili hijau dan bawang Holland.

9. Bila cili dan bawang sudah layu matikan api. Siap.

INFO: Jika suka boleh tambahkan air asam jawa.

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR  DAN RUMAH YANG TERBAIK DENGAN TAWARAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Melati Desa 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

DAN JUGA RESIPI INI :

Cara Mudah Perap & Masak Ayam Berempah Yang Sedap.