Penggemar ayam mesti suka, kerana isi ayam lebih empuk dan hanya menggunakan isi ayam sahaja. Dah tentu lebih mudah dinikmat dan berjus. Kepada mak-mak yang bekerja, boleh perap ayam malam, balik kerja hanya perlu panggang ayam dan buat sos je, sangat mudah dan tak perlu bazirkan duit makan kat luar. Resipi macam biasa ada dikkongsikan di bawah ini.
AYAM MENANGIS MERAUNG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
500gm ayam | isi bahagian dada, paha atas dan bawah
3 batang Akar Ketumbar
4 ulas bawang putih
1 sudu makan gula [perang
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan lada hitam/sulah
Sedikit minyak untuk memanggang ayam
BAHAN SOS:
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air asam jawa
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 sudu makan gula kabung/nisan Thai
1 sudu makan serbuk cili kasar
1 sudu makan beras digoreng sangai
1 pokok ketumbar | cincang halus
10 biji cili padi | cincang halus
3 ulas bawang merah | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
CARA MEMBUAT:
- Kisar semua bahan perapan kecuali ayam.
- Gaulkan isi ayam dengan perapan, perap sekurang-kurangnya 3 jam.
- Panaskan kuali non stick, letakkan sedidkit minyak dan bakar dengan api kecil.
- Campurkan semua bahan, kemudian gaul rata, dan rasa. Rasanya mesti pedas, masam dan manis.
- Mana-mana yang kurang tambah.
- Setelah cukup rasa, ketepikan.
- Hiris kecil ayam yang telah masak dipanggang dan hidangkan bersama sosnya.
- Enak dinikmati panas-panas.
Kredit : Serina Seman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI