Nikmatnya bila dapat makan Ayam Mentega Cili Kering ni dengan nasi putih panas-panas. Terasa keenakan mentega serta rasa pedas dari cili kering tu. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Untuk menambahkan lagi keenakan hidangan ini, gunakan Anchor Cooking Cream sebagai pengganti santan dan Anchor Unsalted Butter untuk hidangan yang lebih harum. Hidangan yang sesuai untuk seisi keluarga. Jangan lupa cuba tau!
AYAM MENTEGA CILI KERING
Bahan-bahan:
400gram ayam – potong kecil
200gram Anchor Unsalted Butter
150ml Anchor Cooking Cream
8 tangkai cili kering – potong pendek
1 labu bawang besar – belah empat
4 ulas bawang putih – cincang halus
2 tangkai daun kari
Garam, gula & lada sulah secukupnya
Tepung jagung secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada ayam lalu gaul sebati. Lumurkan ayam dengan tepung jagung sepenuhnya.
Cairkan Anchor Unsalted Butter lalu goreng ayam hingga keperang-perangan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan 3 sudu makan mentega menggoreng ayam tadı di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi.
Masukkan ayam goreng dan hirisan cili kering. Tuang Anchor Cooking Cream dan didihkan hingga hampir kering.
Tambah garam dan gula secukupnya. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
SUP AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Orang kata, lelaki ni kalau dah masuk dapur, air tangan dia tu jarang tak sedap. Memang sedap dan boleh bertambah-tambah nasi! Padahal menu lauk sama dengan mak-mak kita masak.
Haa, siapa di sini macam ni? Kalau anak-anak pula, silap haribulan lagi suka ayah yang masak daripada mak. Betul tak?
Melalui perkongsian reseipi daripada Wan Iskandar ini, menunya nampak menyelerakan walaupun jenis yang simple. Tapi yang simple tu lagi sedap kan?
1.Lumur udang dengan kunyit dan garam. Kemudian, goreng udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Goreng garing bawang putih, merah dan daun kari. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
3. Letak sedikit air dan kacau lagi hingga sekata. Masukkan garam secukup rasa dan cili. Gaul lagi.
4. Masukkan udang yang digoreng tadi. Kacau rata. Akhir sekali, taburkan cili merah. Siap untuk dihidangkan.
DAGING MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN: Daging 2 sudu teh sos cili 2 sudu teh sos tomato 2 sudu teh sos tiram ¾ sudu kicap manis – beli online di sini Bawang putih Bawang merah Halia – beli online di sini Cili besar merah/hijau
CARA-CARA:
1.Lumur daging dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak. Masukkan daging, bawang putih, bawang merah dan halia.
3. Goreng sehingga daging keluarkan air. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga daging kelihatan sekata dan lembut.
4. Akhir sekali, masukkan cili besar. Kacau lagi. Dah siap untuk dihidangkan.
Suka makan sosej? Biasa anda beli je kan sosej sejuk beku di pasaraya. Malah sosej bersaiz jumbo ni boleh tahan mahal harganya. Jadi apa kata anda belajar buat sosej ayam secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Zaini Talib. Rasanya dijamin lebih sedap malah anda juga boleh kawal kandungan garam serta bebas MSG. Amat mudah! Anda pasti sukakannya. Malah lebih yakin untuk dihidangkan buat anak-anak.
SOSEJ AYAM JUMBO HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi dada ayam – berat lebih kurang 200gm setiap satu
1 biji bawang besar @ 3-4 biji jika guna bawang kecil
Cili kering – jika mahu rasa pedas
4 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam – jika suka
Sedikit garam
2 biji telur
4 sudu tepung ubi
Sedikit serbuk oregano – jika suka
Sedikit daun ketumbar – saya tambah sebab suka
Sayur-sayur seperti lada benggala, lobak merah, cendawan butang ( jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Potong isi ayam kecil-kecil dan satukan bersama bahan-bahan lain ( kecuali tepung ubi).
2. Masukkan ke dalam food processor. Kisar halus.
3. Letak bahan kisar tadi ke dalam mangkuk. Tambah tepung ubi dan kacau sebati.
4. Ambil piping bag dan isi dengan isi ayam kisar tadi.
5. Seterusnya paipkan isi ayam ke dalam plastik aiskrim. Boleh juga paip ata cling film dan gulung ketat-ketat. Pintal kedua-dua hujung untuk membentuk sosej.
6. Kukus atau rebus sosej selama 15 minit atau sehingga masak. ( empunya resipi masak guna teknik kukus).
7. Buang plastik dan boleh dipanggang. Jika ada lebihan, boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
INFO RASA:
Jika tiada food processor, boleh tumbuk atau kisar guna blender kering.
Andai tak mahu masak sosej sekali dengan plastik pembungkus ( atas sebab kesihatan), anda boleh bekukan sosej terlebih dahulu. Setelah keras, buang plastik dan boelh direbus atau dikukus.